Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Daging Mudah dan Sedap

Kari Daging Mudah dan Sedap

Mungkin ada yang masih ingat bahawa saya tidak lah terlalu gemarkan melancung. Ada orang setiap tahun melancung atau ada yang sampai dua tiga kali dalam setahun seolah satu dunia mahu dijejaki. Tapi tidak dengan saya. 

Saya juga bila ke mana mana, tidak akan pergi ke tempat yang sama sekali lagi kecuali beberapa tempat yang saya gemari atas sebab tertentu seperti London, Paris dan Bali jika di negara berdekatan. 

Ada yang menanya kenapa saya selalu ke London. Maksudnya lebih dari sekali. Jawabnya kerana saya suka shopping. Ke negara mana sekali pun yang saya kunjungi, mesti ada tarikan shopping. Bukan lah semata mata melancung dan melihat pemandangan indah. 

Antaranya yang saya ingin kunjungi Sri Lanka kerana batu permata dan juga Noritake. Iran kerana persian carpet, Prague kerana kristalnya. Pastinya London dan Paris, syurga membeli belah barangan berjenama. 

Jadi kebetulan saya dah ada contact direct dengan seorang peniaga di Iran, saya ingin menawarkan diri untuk menjadi personal shopper carpet Iran dan juga barangan kraftangan Iran seperti handmade frame dan juga alas meja. Jika berminat boleh email saya di aziekitchen1@gmail.com. Boleh lihat di Instagram @aziekitchen untuk melihat handmade carpet dari Iran yang saya bawa masuk.

Kari Daging Mudah dan Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan masakan kari cara saya yang simple dan mudah mudah sahaja. Jika mahu lebih sedap, guna santan segar. Jadi kuahnya akan naik minyak cantik. Letakkan sedikit cili kisar semasa menumis untuk menambah sedikit rasa pedas dan kuah juga akan berwarna lebih kemerahan. Saya tidak guna santan segar dan tak letak cili kisar kerana tiada stock ketika saya memasak. Kalau ada, saya letak jer.

Apa apa pun kuah kari yang pekat pekat seperti ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih panas panas tetapi juga dicicah dengan roti jala dan roti putih. Menyediakan sendiri kari di rumah lebih sedap berbanding dengan yang disediakan di kedai. Ya lah kita yang membuatnya kan, jangan kedekut bahan bahan, pastilah hasilnya lebih sedap.

Jom layan resepi dan cara cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...

Kari Daging Mudah dan Sedap

Kari Daging

Bahan bahan:
Daging
1 pek rempah serbuk kari daging
1 kotak santan kotak - lebih sedap guna santan segar
Air secukupnya
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil pes asam jawa
Sedikit cili kisar - jika suka
Garam
Gula pasir
Gula Melaka


Bahan bahan tumis:
2 batang kayu manis, 2 ketul bunga lawang
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat. Kemudian masukkan sedikit air. 

Kari Daging Mudah dan Sedap

Kari Daging Mudah dan Sedap

Kacau rempah yang ditumis sehingga rempah kari benar benar masak dan terbit minyak. 

Kemudian masukkan daging dan kacau rata sehingga rempah sebati dan mesra dengan daging. Setelah mesra, masukkan air secukupnya untuk memasakkan daging sehingga empuk.

Kari Daging Mudah dan Sedap

Akhir sekali, masukkan santan dan kacau rata. Setelah santan hampir pecah minyak, masukkan asam jawa, kerisik, garam, gula dan gula Melaka secukupnya. 

Kari Daging Mudah dan Sedap

Setelah kuah masak dan cantik, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas panas atau dicicah dengan roti sahaja.



Catat Ulasan for "Kari Daging Mudah dan Sedap"