Khamis, 7 Mac 2019

Ayam Hutan Goreng Berlada dan Perancangan Persaraan

Ayam Hutan Masak Berlada

Sejak kebelakangan ini, saya mula secara serious merancang apa yang ingin saya lakukan selepas bersara. Yang pasti, saya hanya ingin melakukan sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri sebagai bekalan hari akhirat. 

Yang ini paling utama, saya tidak mahu leka lagi dengan urusan duniawi sehingga tidak dapat memperuntukkan masa untuk diri sendiri. Di samping itu, saya juga ingin membuat business sampingan di samping terus menulis di blog.

Insya Allah saya merancang untuk menghasilkan buku masakan sendiri. Memang ramai follower blog Azie Kitchen yang menulis dan mencadangkan supaya saya membukukan resepi resepi yang terdapat di blog bagi memudahkan mereka membuat rujukan. Sebetulnya saya mendapat tawaran dari banyak syarikat untuk menerbitkan buku masakan saya tetapi dek kesibukan dengan urusan kerja menyebabkan saya tidak dapat memenuhi tawaran tersebut. 

Di samping itu, saya juga merancang untuk mengeluarkan produk berasaskan makanan di bawah jenama Azie Kitchen. Insya Allah saya sedang menimbangkan beberapa pilihan produk untuk dipasarkan. Produk biasa yang bukan biasa biasa. 

Haa kalau nak tahu, kena tunggu. Saya harap follower saya akan terus memberi sokongan kepada saya seperti mana sokongan yang diberikan sekarang. Itu lah antara beberapa perancangan saya untuk mengisi hari hari persaraan. Sekarang kita masuk bab masakan pula. 


Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam hutan ini dibeli dari seorang kawan Instagram. Sekali dihantar 4-5 ekor kalau tak silap lah. Jadi memang puas makan ayam hutan. Selain dimasak kari, dibuat sup, saya juga menyediakan goreng berlado. Ayam hutan kalau yang dah agak tua, isinya agak keras, jadi kenalah terlebih dahulu rebus sehingga agak lembut baru digoreng.  

Anak anak saya tidak berapa gemar ayam yang isinya sedikit keras dan tak banyak isi. Jadi saya lah makan meratah ratah. Pada saya, sangat lah sedap. Puas hati dapat makan banyak kerana orang lain semua tak suka. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI


Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada

Bahan bahan:
1 ekor ayam hutan
Garam
Gula
Asam keping

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
7 tangkai cili merah & cili hijau

Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan direbus seketika supaya lembut. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam tadi sehingga keperangan. Angkat dan tos.

Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada

Dengan menggunakan minyak yang sama (dikeluarkan minyak yang berlebihan), tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan asam keping, garam dan gula.

Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Sedia untuk ditutup api dan dihidangkan.

Ayam Hutan Masak Berlada


1 ulasan:

  1. Menarik, selalu dengar ayam kampung ja, ni ayam hutan nak kena cuba nie

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon