Selasa, 19 Februari 2019

Kacang Botor Goreng Dengan Telur

Kacang Botor Goreng Dengan Telur

Saya memang suka bershopping barangan rumah. Sebaik sahaja bekerja, saya telah mula membeli set pinggan arcoroc. Kiranya sebelum berkahwin lagi pun ketika itu. 

Dua tempat saya ingin kunjungi sejak lebih 20 tahun yang lalu bukan kerana saya ingin melancung tetapi kerana saya ingin bershopping. Saya memang sangat meminati barangan perhiasan diri dan perhiasan rumah. Ketika itu, belum ada kemudahana internet, jika ingin membuat tempahan dan sebagainya, perlu dibuat melalui travel agen.

Antranya saya sukakan berlian, kristal, pinggan mangkuk dan permaidani. Jadi antara tempat yang saya ingin kunjungi, ialah Prague dan Iran. Tetapi oleh kerana kristal Bohemia boleh dan senang didapati di tempat lain, serta harganya tidak semahal barang lain, jadi Prague tidak lagi menjadi keutamaan buat masa sekarang. 

Berbeza dengan permaidani, walaupun boleh didapati di Malaysia tetapi saya memang teringin untuk pergi sendiri ke Teheran. Saya ingin mendapatkan sekeping permaidani yang saya akan sukai sampai bila bila. Yang ini saya masih menanam impian jika satu hari saya dapat sendiri menjejakkan kaki ke sana walaupun di rumah saya juga sebahagian besar adalah karpet dari Iran. Cukup setakat ini, sekarang kita beralih bab masakan pula.

Kacang Botor Goreng Dengan Telur

Sangat elok kita membiasakan anak anak makan sayuran dan ulaman sejak mereka masih kecil. Saya kenal sepasang suami isteri yang saya panggil sebagai Encik Zack dan Puan Sue yang sangat saya kagumi atas kejayaan mereka samada diri sendiri serta anak anak mereka. 

Di kala usia yang telah melepasi 60 tahun, mereka suami isteri menpunyai rekod kesihatan yang sangat cemerlang. Dengan tekanan darah yang seumpama anak muda berusia 25 tahun sahaja. Manakala bacaan gula sekitar 4. Ianya adalah suatu yang mengagumkan. Rahsia mereka adalah pemakanan yang kurang berlemak, banyak memakan sayuran dan ulam ulaman. 

Belum dilihat pada kejayaan mereka dari segi kekayaan dan harta. Mereka bermula dari bawah, itu yang saya mengambil peluang untuk mengetahui bagaimana mereka bermula. 

Prinsip mereka mudah sahaja. Rumah mestilah simple, tanpa perabut yang banyak. Jika ada harga yang baik, mereka jual dan beli rumah lain. Dari situ, mereka mendapat keuntungan untuk dilaburkan dalam rumah seterusnya. Lama juga saya bercakap di telefon dengan Puan Sue dan akhirnya banyak yang saya kutip dari pengalaman mereka untuk dikongsikan dengan anak anak saya.  

Jom layan resepi di bawah ini. Resepi yang sangat bagus untuk kita sekeluarga. Selain baik untuk kesihatan, juga sangat sedap. Jom tanam azam untuk mengubah pola pemakanan keluarga kita dengan menghidangkan banyak sayuran.  Selamat mencuba...


Kacang Botor Goreng Dengan Telur

Kacang Botor Goreng Dengan Telur

Bahan bahan:
1 cekak kacang botor
1 tangkai cili merah - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar sos tiram
3 ekor udang
1-2 biji telur
Garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan. Masukkan sos tiram dan kacau lagi.

Kacang Botor Goreng Dengan Telur

Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan sayur kacang botor dan cili merah, 

Kacang Botor Goreng Dengan Telur

Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan garam, jika perlu. Bolehlah ditutup api.

Kacang Botor Goreng Dengan Telur


Add your comment
EmoticonEmoticon