Selasa, 1 Januari 2019

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Selamat Tahun Baru 2019 kepada anda semua walau di mana anda berada. Jika saat menjelang tahun baru 2018, kami sekeluarga berada di London tapi tahun ini, saya dan Hubby hanya berada di rumah sahaja. 

Terlalu lama terperap di rumah, saya seperti kehilangan semangat juang. Tapi saya berharap sinar tahun baru, akan memberikan semangat baru buat saya. Saya ingin segera sembuh dan boleh berjalan seperti sedia kala. Mudah mudahan. Aameen.

Seperti yang dijanjikan semalam di mana saya menulis di Instagram jika ramai follower saya yang mahukan resepi Kuih Bakar yang sangat sedap ini, barulah saya akan kongsikan resepinya. Oleh kerana komen yang diterima sangat sangat menggalakkan, maka saya tunaikan janji dengan menyertakan resepinya di bawah ini.

Saya memilih resepi Kuih Bakar sebagai entri pertama di tahun 2019 memandangkan ianya adalah kuih kegemaran ramai, bahan bahan yang mudah dan cara penyediaan yang cepat dan rasanya sangat sedap. 

Kami sekeluarga makan kuih ini untuk hidangan petang. Menantu saya Alain yang makan selepas balik dari pejabat juga, makan lepas satu satu. Sedap dan ada kelainan rasa, katanya.

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Sangat mudah disediakan, bahan bahan yang ringkas, cepat dan yang paling penting, sedap giler. Secukup sahaja kemanisannya. Pendek kata, saya memang syorkan agar anda mencubanya sendiri di rumah. Mana tahu boleh dibuat berniaga.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel bagi mendapat gambaran bagaimana ianya disediakan. Boleh klik di SINI. Selamat mencuba... 


Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap

Bahan bahan:
2 cawan gula pasir
2 cawan jus pandan - 7 helai daun pandan + 4 helai daun limau purut
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
6 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Garam
Pewarna hijau
Bijan secukupnya
Minyak masak

Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau menggunakan whisk. Masukkan serbuk kulit kayu manis, garam dan tepung. Tapis adunan. 

Panaskan loyang atas dapur. Masukkan minyak dan bijan. Tuang adunan dalam 3 senduk atau lebih kurang 300 ml. 


Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Nota: Satu cara lagi ialah bijan ditabur selepas adunan hampir mengeras bagi memastikan bijan tidak tenggelam. Selepas ditabur, boleh pindahkan ke dalam oven. 

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Biarkan adunan agak mengeras dan sedikit keperangan, baru dipindahkan loyang ke dalam oven dan bakar sehingga masak mengikut garing yang disukai. Nota: saya bakar antara 30-35 minit pada suhu 180C. 

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Nota:
Adunan menghasilkan 5 biji kuih bakar. 


6 ulasan:

  1. Selamat Tahun Baru,resepi Puan Azie xpernah mengecewakan,tq,semoga pn.sentiasa dlm kesihatan yg baik😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Tahun Baru buat puan juga.

      Padam
  2. Sukatan cawan tu sama mcm sukatan cup dlm measuring cup ke kak?

    BalasPadam
  3. Thanks for the recipe, Kak Azie. I love kueh bakar! I would like to wish you and your family a very Happy New Year!

    BalasPadam
  4. nampak sedap!! thank you share recipe!


    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    BalasPadam
  5. Dah cuba. Memang sedapppppp sesangat.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon