Sabtu, 22 Disember 2018

Terung Goreng Berlado Simple Dan Sedap

Terung Goreng Berlado

Kebetulan semasa bercuti sakit ini, kami mengambil kesempatan untuk membaiki kerosakan rumah yang melibatkan banyak hacking di sana sini. Jadi rumah agak berhabuk dan perabut terpaksa dialih. Ianya sebagai persediaan majlis akikah cucunda saya tidak lama lagi.

Ketika berehat dan berbaring di sofa di ruang tamu rumah saya yang sunyi, fikiran saya kembali kepada 11 tahun yang lalu ketika kami mula membina sendiri rumah ini. Mencari barang di merata tempat termasuk luar negara. Membeli barang di Indonesia, Thailand, US dan Mesir. Membina tanpa menpunyai kepakaran dalam pembinaan. Yang ada ketika itu, hanyalah keyakinan bahawa saya mampu melakukannya.

Kerana itu jugalah, maka semasa membina rumah ini, kami banyak ditipu. Piping untuk 14 aircond di keseluruhan ruang rumah memberi masalah satu persatu selepas kontraktor Cina yang memasangnya menipu bila memasang pipe plastik yang menyerupai copper. Akibatnya pipe aircond bocor. 

Untuk membaikinya kini, bukan mudah kerana kesemua piping ditanam di dalam dinding.  Kadang saya terfikir, siapa pun mereka, agama apa pun mereka, tidak kah mereka terfikir kesusahan atas perbuatan mereka ke atas kami. 

Terung Goreng Berlado

Semua orang bercita cita untuk mendiami rumah besar. Begitu juga dengan saya suatu ketika dahulu. Namun terfikir apa yang saya miliki hari ini adalah sesuatu yang tidak saya fikir akan menjadi kenyataan. Malahan apa yang saya miliki hari ini semata mata kurniaan Allah. Bukan kerana kelebihan saya. 

Mendiami rumah besar bukan lah semuanya indah. Kos penyelenggaraan sangat tinggi. Bayangkan pelbagai masalah yang perlu diperbetulkan terutama kerja kerja yang ditipu atau yang tidak dibuat dengan sempurna ketika pembinaan. Antaranya selain aircond, ialah paip air yang bocor serta atap yang sentiasa memberi masalah.   

Saya sekarang dalam proses untuk mengurangkan perbelanjaan domestik kerana apabila saya bersara dan tidak lagi bekerja, bagaimana untuk membiayai kos dan bil yang tinggi. 

Apa yang saya buat hari ini adalah membaiki kerosakan tanpa membuat penambahan. Selepas balik dari percutian nanti, kami akan mula membaiki pula kolam ikan yang telah sekian lama bocor. Diharapkan selepas ini, tiada lagi kerosakan besar yang menelan belanja yang mahal. Saya ingin menghabiskan hari hari persaraan saya dengan aktiviti bertaman selain memasak. Cukuplah dahulu bab rumah, kini masuk sedikit bab masakan.

Terung goreng berlado adalah salah satu dari masakan kegemaran saya. Saya boleh menghabiskan satu pinggan besar seorang diri. Kalau terung, inilah masakan yang selalu saya sediakan selain dari pajeri terung. Terung goreng berlado hari ini adalah versi simple sahaja. Jika suka, boleh masukkan ikan bilis atau udang kering. Tapi saya suka yang biasa seperti ini. 

Jom layan resepi yang saya kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba...


Terung Goreng Berlado

Terung Goreng Berlado

Bahan bahan:
3-4 biji terung
Garam
Gula

Bahan kisar:
4 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato

Cara cara:
Terung yang telah dipotong direndam dengam sedikit air garam seketika. Tos dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan. 

Terung Goreng Berlado

Terung Goreng Berlado

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan naik bau. 

Terung Goreng Berlado

Terung Goreng Berlado

Masukkan garam dan gula secukupnya. Jika kurang masam, boleh tambah asam keping. 

Masukkan terung yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau sebati dengan sambal. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Terung Goreng Berlado


2 ulasan:

  1. ini makanan faveret saya ni. Thank you sebab sudi share resipi ni kak azie (thumbs up)

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon