Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Udang Dengan Petai

Sambal Udang Dengan Petai


Sambal Udang dengan Petai hari ini saya sediakan berasaskan resepi yang saya salin dari SINI. Saja mencuba resepi baru untuk memberikan sedikit kelainan. Kalau ikutkan selera saya, udang paling sedap dimasak sambal tumis atau digoreng garam kunyit sahaja. Tapi asyik ulang ulang sambal tumis udang. 

Bila memasak saya akan seimbangkan antara kesedapan dan waktu diambil untuk berada di dapur. Masa sangat berharga umpama emas. Jadi kena banyak habiskan untuk perkara yang lebih utama. Maksud saya, saya membaca ada tips yang menumis sambal tumis sampai 4-5 kali terbit minyak berulang ulang kali. Hmmm kalau banyak sangat beza keenakannya, barulah saya ikut. Kalau tiada beza, saya rasa rugi masa. Itu hanya pendapat peribadi saya sahaja.

Lagi satu, saya melihat ramai yang memasukkan sos cili di dalam sambal tumis. Saya lebih suka sambal tumis asli yang hanya menggunakan cili kering. Kalau dah masuk sos bagai, dah jadi macam sambal masak merah. Itu juga pendapat saya sahaja. Tolong jangan kecam atau terasa hati dengan pendapat saya. Memasak kan suatu aktiviti seni yang bergantung kepada kreativiti masing masing dalam berkarya di dapur.

Sambal Udang Dengan Petai

Alamak nak bercerita berkenaan Sambal Udang dengan Petai tapi dah meleret leret ke Sambal Tumis Udang pula. Saya sebenarnya mencari resepi sambal udang stail Nonya tapi tak jumpa. Bila terbaca resepi ini, nampak ada lah ala ala masakan Nyonya. Itulah sebabnya ia menjadi pilihan saya.

Lagi pulak, menyediakannya sangat cepat dengan bahan bahan mudah yang memang tersedia di dapur. Resepi sebegini yang menjadi pilihan saya. Cepat dimasak dan sedap dinikmati.

Saya pernah makan Sambal Udang dengan Petai di Restoran Adam Lai yang terletak di belakang bangunan PICC yang memang sangat sedap. Sambalnya kering melekat lekat di udang bukan macam Sambal Tumis Melayu yang sambalnya banyak. 

Apa apa pun, sambal udang saya hari ini, sangat sedap dan sesuai dengan citarasa saya. Jika suka pedas, boleh tambahkan cili padi mungkin hingga ke 10 tangkai.  

Jom layan resepi yang telah saya translate dan saya ubahsuai dengan memasukkan petai. Juga jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk mendapat gambaran jelas bagaimana ianya disediakan. 

Sambal Udang Dengan Petai

Sambal Udang Dengan Petai

Bahan bahan:
500 gram udang - tinggalkan kulit di bahagian ekor
1 mangkuk petai
4 sudu besar minyak masak - boleh tambah
½ sudu kecil serbuk kunyit
⅓ cawan air 
3 sudu besar air asam jawa pekat
2 sudu kecil gula  
½ sudu kecil garam 
2 sudu kecil kicap cair 

Bahan kisar:
2 biji bawang besar - saiz sederhana
4 ulas bawang putih  
2 batang serai - hiris 
4-5 tangkai cili api - ikut suka pedas
1 sudu besar belacan - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana sehingga wangi dan terbit minyak. 

Sambal Udang Dengan Petai

Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan pula petai dan udang serta air. Kacau rata. 

Sambal Udang Dengan Petai

Sambal Udang Dengan Petai

Masukkan air asam jawa, gula, garam dan kicap cair. Terus dikacau sehingga udang masak. 

Sambal Udang Dengan Petai

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sambal Udang Dengan Petai



2 ulasan for "Sambal Udang Dengan Petai"