Isnin, 31 Disember 2018

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Hari ini adalah hari terakhir kita semua berada dalam tahun 2018. Esok kita akan melangkah ke tahun 2019. Semoga tahun 2019 memberikan kita semua lebih kejayaan, lebih kebahagiaan, lebih nikmat kesihatan serta lebih keimanan. Aameen. 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 buat semua follower blog, Instagram serta facebook Azie Kitchen. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan semua. Tanpa sokongan anda, pastinya mood ke laut ini akan menyebabkan blog bersawang dan tidak dikemaskini. 

Terima kasih juga kepada semua yang singgah di blog yang telah sudi klik iklan iklan yang muncul di blog. Diharapkan lebih ramai yang akan klik iklan tersebut. Alhamdulillah rezeki. Jutaan terima kasih dari saya buat anda. 

Sebagai penutup tahun 2018, saya ingin kongsikan satu resepi yang pertama kali saya mencubanya iaitu Sambal Goreng Jawa. Alhamdulillah berjaya menghasilkan sambal goreng jawa yang sangat sedap. Pembantu rumah Nana juga memuji akan keenakan sambal goreng jawa saya hari.  

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Nampak sangat meriah dan berwarna warni sekali sambal goreng jawa hari ini. Sebetulnya anda boleh menggunakan apa sahaja sayuran yang disukai. Pastinya pilih lah sayuran kegemaran atau sayuran yang banyak khasiatnya. 

Terdapat dua jenis bahan dan sayuran, satu yang tidak perlu digoreng dan satu lagi bahan yang perlu digoreng terlebih dahulu. Saya memasukkan sedikit santan tapi dari apa yang saya pelajari, boleh juga jika tidak ingin menggunakan santan. 

Masih ingat lagi pertama kali, saya makan sambal jawa goreng ini ketika makan di cafetaria tempat saya bekerja. Teman saya hari itu, Hajah Oznaini memberitahu yang beliau sangat suka makan sambil meratah ratah sambal jawa. Dari situlah, baru saya tahu nama masakan sayuran yang terhidang dalam pinggan kecil di cafe. 

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Sangat sedap dan sangat mudah disediakan. Cuma yang agak remeh sedikit ialah untuk menggoreng semua bahan dan sayuran. Selepas semua siap digoreng, urusan lain menjadi sangat mudah dan cepat. 

Jom sama sama mencuba resepi Sambal Goreng Jawa menggunakan resepi di bawah. Sedap dimakan juga dengan nasi impit atau dengan ketupat. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel untuk melihat cara penyediaannya. Boleh klik di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Sambal Goreng Jawa 

Bahan bahan:
Isi petai
4-6 tangkai kacang panjang
1/2 batang karot
1 tangkai cili merah 
Soo hoon
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 mangkuk santan/susu cair
1 inci lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk
Sejemput ikan bilis

Bahan Goreng:
1 biji ubi kentang 
1/2 keping tempe 
1 keping tauhu
1 biji terung

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Siang dan potong sayuran. Panaskan minyak dan goreng bahan dan sayuran yang perlu digoreng.  Goreng satu per satu, angkat dan ketepikan. 

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan ikan bilis, serai dan lengkuas. 

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Masukkan gula dan garam. Kacau rata sebelum dimasukkan santan. 

Masukkan soo hoon dan kacau seketika sehingga soo hoon lembut. 

Akhir sekali, masukkan karot, kentang, kacang panjang, cili merah, petai, tempe, tempe dan terung. Kacau sehingga bergaul rata.

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Sambal Goreng Jawa Yang Sedap



1 ulasan:

  1. Selamat Tahun Baru juga kepada Azie. Moga dengan baki umur yg diberi, kita maseh boleh mengumpul sebanyak mana saham akhirat kita ya.Kita doa sama2 moga mampu menghadapi segala dugaan terutama dugaan nikmat dariNya.Amin

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon