Jumaat, 21 Disember 2018

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Saya mengambil kesempatan menulis di sini kerana ada seseorang yang bertanya kenapa saya memasak ketika bercuti sakit. Kalau saya boleh memasak, kenapa saya tidak boleh pergi ke pejabat. Atau membawa balik kerja dan membuat kerja dari rumah. 

Jawapan saya, saya diberi cuti sakit oleh doktor kerana saya tidak fit untuk bekerja. Semua orang yang ada ilmu berkenaan pembedahan kaki atau yang pernah mengalami kemalangan seperti saya yang telah menjalani pembedahan kaki tidak akan sekali sekali menanyakan soalan yang tidak ‘caring’ seperti itu. 

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Bak kata doktor pakar yang merawat saya, bila kepala sakit, kita akan merasa seluruh badan sakit. Tapi sebab kaki sahaja yang sakit, kita merasa seolah orang yang sihat dan boleh pergi kerja. Hakikatnya kaki adalah anggota badan paling bawah yang paling lambat penyembuhannya kerana banyak digunakan dan perlu menampung berat badan. Kena jaga bagi pastikan ianya betul betul pulih supaya boleh berjalan seperti biasa. 

Sebetulnya saya hanya tolong mengacau ngacau di kuali sahaja. Semua bahan dan persediaan disediakan oleh pengasuh Ammar. Saya hanya duduk di bangku tinggi kerana saya tidak boleh berdiri lama atau banyak bergerak. Kalau berjalan, saya masih menggunakan tongkat. 

Tapi apakah andai kata saya tiada pembantu, maka saya tidak harus ke dapur. Tak perlu makan atau macam mana? Setahu saya, sebagai seorang ibu walau bagaimana sakit sekali pun, perlu memasak.  

Kaki saya perlu diangkat atau dilapik dengan bantal untuk mengurangkan bengkak. Ketika makan di dapur juga, saya perlu mengangkat kaki dan meletak di atas bangku lain. Tidur juga masih berlapikkan bantal yang sebenarnya amat tidak selesa. Jika tidak, kaki saya akan menjadi bengkak dan berdenyut. 

Saya masih solat dengan duduk di atas kerusi. Apa yang saya tulis, jika tidak betul, juga akan ada pertanggungjawapan. Sebetulnya orang yang bertanya akan faham selepas dia sendiri mengalami kemalangan seperti yang saya alami dan perlu menjalani pembedahan kaki. 

Cara supaya mengelakkan dari fitnah ialah selalu bersangka baik dengan orang lain. Bersangka baik yang saya juga stress jika hanya terbaring di bilik. Stress hanya mengadap lap top. Saya tidak boleh ke laman rumah, tidak boleh naik ke tingkat atas, tidak boleh ke shopping mall dsb. Jadi saya ke dapur untuk makan dan minum. Lagi pulak, saya dinasihatkan supaya bergerak sikit sikit bagi menggerakkan otot supaya perjalanan darah akan menjadi lancar.

Bergerak di rumah tidak sama dengan bergerak di pejabat. Tidak ada pari pari yang boleh mengambil air minuman saya di pejabat. Atau mengambil air untuk basuhan tangan selepas makan. Atau tandas di pejabat bukan terletak 4 langkah dari katil saya. Sehingga sekarang hampir dua bulan saya tidak naik ke bilik tidur saya di tingkat atas. Saya hanya tidur di bilik kecil di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan.  

Apa apa pun, dosa saya hanya saya yang perlu tanggung jika saya berhutang dengan pejabat atau dikatakan seolah makan gaji buta. Doktor yang memberi cuti sakit juga adalah doktor Islam yang juga menjalankan tugas berlandaskan professional, amanah dan tanggungjawab. Memang aturannya sebegitu, bila kita sakit, pasti ada orang lain yang akan cover kerja kita. 

OK cukuplah dahulu penjelasan saya dan semoga siapa yang membacanya tidak lagi terlibat dengan fitnah dengan anggapan yang bukan bukan terhadap saya. Sekarang kita sentuh sedikit bab masakan. 

Hari ini saya mencuba pisang goreng rangup dengan menggunakan adunan mengikut yang dikongsi dalam youtube Kak Ida’s Kitchen. Memang sangat rangup dan sedap. Bila dimakan, ianya akan berbunyi krup krap krup krap. 

Saya syorkan anda mencubanya. Kalau dalam entri sebelum ini di SINI, saya menyediakan adunan tepung ikut cara sendiri tapi kali ini memang ikut resepi dari Kak Ida’s Kitchen. 

Haa sebelum membawang pasal saya, nak saya beritahu yang menggoreng pisang hari ini adalah pengasuh Ammar. Saya hanya bagi arahan, masuk bahan apa, berapa sukatan dsb. Beliau yang membancuh, beliau yang memasuk ke dalam kuali dan membalik balik dsb. 

Saya hanya duduk sambil memegang kamera dan handphone sahaja. Melihat dan mengajar apa patut. Itu sahaja. Jadi tak perlu nak dapat dosa kering dengan beranggapan yang bukan bukan.

Jom kita layan resepi dari melayan mak cik Bawang. Boleh tengok video di Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk melihat sendiri bagaimana ianya disediakan. Selamat mencuba...

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Pisang Goreng Rangup 

Bahan bahan:
Pisang - hiris nipis 4-5
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung/tepung ubi
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning 
1/2 sudu kecil baking powder 
1 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
300 ml air atau secukupnya. 

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Bahagikan adunan tepung kepada 2 bahagian. Satu bahagian untuk celup pisang dan satu bahagian untuk dijadikan adunan tepung cair. 

Celup pisang yang telah dihiris nipis dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Kemudian masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair. 

Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika panas panas. 


1 ulasan:

  1. salam,

    memang orang kaum kita ni suka cakap macam tu. Saya cedera lutut nak jalan lama sikit sakit. Jadi say kurang berjalan.. tapi masak makan kena buat sendiri. basuh baju sendiri. saya masukkan baju dalam bin bag ikat dan campak ketangga ianya akan tergolek.
    masak saya duduk atas stepstool.
    lepas tu tangan dan belakang also affected kerana over compensated dan cedera.

    Memang di galakkan supaya bergerak tapi tidak overdo supaya tidak merosakkan lagi urat saraf.

    saya ignored dan melasak masa ankle patah, pergi kerja. jalan sana sini.. terus lutut tercedera akibatnya.
    saya dituduh oleh manusia bingai.. buat buat sakit.. semoga Allah swt memberi apa yang saya lalui ni.. kepada mereka.

    kepada yg bercakap buruk pasal orang yg sakit dan bercuti kerana utk muscle dan nerve rest and recuperate and heal, mereka sebenarnya mendoakan diri ...

    take care

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon