Khamis, 13 Disember 2018

Kuih Akok Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Masih teringat ingat dengan kuih Akok yang saya sediakan beberapa hari lepas di SINI. Jadi dari malam saya dah merancang untuk menyediakan lagi kuih Akok  untuk sarapan pagi. Kali ini saya hanya mahu membuat 1 adunan sahaja. Dapat 12 biji kuih Akok, cukup dan boleh dihabiskan dalam masa sehari sahaja.

Semasa ber chatting di group Whats App rakan sekolah, saya diberitahu kebanyakan wanita Kelantan menyediakan kuih Akok untuk tetamu dan ianya disediakan menggunakan trio cupcake maker yang memakan masa hanya 5-6 minit sahaja untuk masak. Bentuk kuihnya juga cantik.

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Masya Allah sangat sedap kuih ini. Seperti yang tulis atas tu, satu adunan cukup sesuai untuk sehari. Selepas dikeluarkan dari oven, saya dah menghabiskan 3 ketul dan Ros, pengasuh Ammar makan 2 ketul. Yang lain saya simpan dalam bekas dan dimasukkan dalam peti sejuk.

Saya sambung makan sebagai hidangan petang pula. Kalau kuih yang saya suka, saya akan makan sikit sikit bukan sekali gus. 

Kejadian Akok saya kali ini boleh dikatakan perfect, hahaha bagi markah 9 dari 10. Teksturnya memang sangat meletop. Tengok gambar di bawah. Rasanya pun secukup manis dan secukup lemaknya. Bakar pun secukup garingnya. Pendek kata cantik berkedut. 

Cuma bentuk kedutan yang berbentuk mangkuk itu yang agak kurang menyebabkan tidak dapat diberi markah penuh. Haa saya tak sabar nak beli trio cupcake maker yang dikatakan sangat mudah menyediakan kuih tradisional.

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Jom layan resepi yang saya salin semula di bawah ini. Memang resepi ini adalah a keeper recipe untuk kuih Akok. Gerenti sedap. Nak tahu, kenalah cuba sediakan sendiri. 

Jika ingin melihat video, boleh lihat video sebelum ini di Azie Kitchen youtube channel. Boleh klik di SINI. Jangan lupa subscribe. Selamat mencuba... 


Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Yang Sedap 
Menghasilkan: 12 biji

Bahan bahan:
1 cawan/4 biji telur - saiz sederhana
1 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam

Bahan air gula;
1 cawan gula Melaka diracik halus/1 1/4 keping saiz 4 1/2 inci 
1 cawan air
2 helai daun pandan

Cara cara:
Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180C. 

Masak gula Melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur. Keluarkan daun pandan. Sejukkan. 

Masukkan santan, garam, telur, air gula Melaka dan tepung gandum ke dalam blender. Blend hingga betul betul kembang.  

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Tuang minyak dalam acuan dan masukkan ke dalam oven untuk dipanaskan. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Bakar pada suhu 180C selama 20 minit menggunakan api atas bawah. Boleh tambah masa jika suka lebih garing.

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap


Nota:
Boleh bakar guna trio cupcake yang sangat terkenal di kalangan wanita Kelantan untuk membuat kuih akok yang cepat.

Add your comment
EmoticonEmoticon