Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerutuk Itik Serati Lauk Kegemaran Saya

Kerutuk Itik Serati

Kerutuk Itik serati adalah lauk yang mesti saya cari setiap kali balik bercuti di Kelantan. Lauk feveret saya nombor 1 gitew. Makan nasi kerabu, nasi dagang atau nasi berlauk, semuanya saya memilih kerutuk itik serati sebagai lauknya. 

Kalau bernasib baik, kakak akan memasaknya di rumah. Kalau pagi Hari Raya, memang kakak saya akan memasak lauk kerutuk itik serati untuk dimakan dengan nasi dagang di samping gulai ikan tongkol.

Lauk kerutuk itik serati dikira lauk istimewa untuk kami. Maklumlah dulu dulu, susah hendak mengerjakan itik serati ni. Sangat remeh untuk membuang bulu bulunya. Tapi kini lebih mudah kerana boleh dibeli di kedai yang telah siap dibersihkan bulunya. Dah ramai yang mengusahakan itik serati untuk jualan. Jika dulu, itik serati dibela dan dilepas bebas untuk mendapatkan telur. 

Kalau itik serati, masakan kerutuk yang paling sesuai kerana rempah kerutuk yang berempah menjadikan itik sangat sedap dan tiada bau langsung. Lagi satu teknik memasak juga penting untuk memastikan itik tiada bau atau rasa hanyir.    

Kerutuk Itik Serati

Seperti yang diajar oleh kakak saya, itik perlu dimasak bersama rempah yang ditumis sehingga air kering dan terbit minyak. Selepas air itik kering, barulah dimasukkan santan pekat. Kalau cara kakak saya, semua bahan dikisar dan ditumis. Tapi saya mengubahsuai sedikit dengan sebahagian bahan dihiris dan sebahagian lagi dikisar. 

Kerutuk adalah sejenis masakan yang sedikit pekat dan berwarna perang gelap. Rempah untuk memasak kerutuk adalah rempah kerutuk yang biasanya dijual di Kelantan. Rasanya pula, mesti lebih rasa manis dari rasa masam dan masin. Barulah ianya seperti kerutuk Kelantan yang original.

Kerutuk Itik Serati

Serius sangat sedap dan sangat puashati dapat makan kerutuk hari ini. Walaupun memasaknya agak lama, tapi sangat berbaloi baloi. Akhirnya keinginan untuk makan kerutuk itik serati tercapai juga. 

Siapa tak pernah makan serati, saya rasa sangat rugi kerana tidak menikmati keenakan daging yang diciptakan untuk dinikmati oleh manusia. Hahaha. Jadi saya syorkan anda mencubanya sekali... 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Saya sarankan anda melihat video selepas membaca entri ini kerana teknik memasak yang menjadikan kerutuk itik sedap.


Kerutuk Itik Serati

Kerutuk Itik Serati 

Bahan bahan:
1 ekor itik serati
6 sudu besar rempah kerutuk
8 ulas bawang merah 
4-5 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
2 biji kelapa - santan 
2-3 keping asam keping - ikut saiz
2 sudu besar garam 
2 1/2 - 3 sudu besar gula 
1/4 keping gula Melaka 
1-2 sudu besar kerisik - yang dibuat sendiri 

Cara cara:
Itik serati dicuci bersih. Taburkan sedikit tepung gandum dan biarkan seketika. Kemudian bilas dan cuci bersih.

Kerutuk Itik Serati

Kerutuk Itik Serati

Separuh dari bawang dan halia dihiris halus dan sebahagian lagi dikisar halus. 

Tumis bawang dan halia hiris sehingga wangi dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit minyak. 

Masukkan rempah serbuk kerutuk (tanpa air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga naik minyak.

Kerutuk Itik Serati

Masukkan itik dan kacau rata sehingga air itik agak kering. 

Kerutuk Itik Serati

Masukkan sedikit santan cair dan masak sehingga santan naik minyak dan hampir kering. Lepas itu, masukkan santan. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan asam keping. 

Setelah kuah naik minyak, baru masukkan kerisik. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Kerutuk Itik Serati


1 ulasan for "Kerutuk Itik Serati Lauk Kegemaran Saya"