Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Goreng Garam Kunyit

Sotong Goreng Garam Kunyit

Saya lebih suka memasak sotong atau udang dengan resepi simple simple sahaja bagi mengekalkan keenakan rasa sebenar sotong atau udang. Saya tidak mahu ianya ditenggelami oleh rempah dan perisa lain. 

Saya pernah makan udang segar yang dikukus sahaja di sebuah restoran di Sabah. Memang sangat sedap, makan menambah nambah berbanding dengan udang yang dimasak dengan pelbagai rasa atau sambal dsb. Lagi simple lagi terasa rasa dan keaslian sesuatu makanan.

Sotong Goreng Garam Kunyit

Hari ini saya menyediakan sotong goreng garam kunyit sahaja. Sangat sedap dan terasa kemanisan sotongnya. Lauk begini adalah lauk yang sentiasa digemari sepanjang masa. Tak akan terasa jemu. 

Jom layan resepi cara saya menyediakan sotong goreng garam kunyit buat panduan adik adik yang baru berjinak dengan dapur terutama pelajar yang belajar di luar negara.


Sotong Goreng Garam Kunyit

Sotong Goreng Garam Kunyit

Bahan bahan:
Sotong
Garam
Serbuk kunyit
1 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah

Cara cara:
Masukkan sotong yang dilumur garam kunyit ke dalam kuali tanpa minyak. Nyalakan api dapur dan masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos airnya.

Dalam kuali lain, tuang minyak secukupnya dan goreng sotong sehingga masak. Goreng sekejap sahaja kerana sotong telah separuh masak.

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah dan kacau sehingga bawang layu. Bolehlah tutup api. Jika suka, taburkan daun bawang atau daun sup.

Nota:
Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.


Catat Ulasan for "Sotong Goreng Garam Kunyit"