Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Sotong Dan Cerita Pembedahan Kaki

Sambal Tumis Sotong

Mungkin ramai telah tahu yang saya telah dimasukkan ke hospital dan telah selamat menjalani pembedahan kaki bagi membuang serpihan tulang yang patah dan juga menjahit urat kaki yang terkoyak. Entah kenapa kali ini saya menjadi sangat takut untuk menjalani pembedahan sehinggakan saya teragak agak untuk naik ke katil yang akan ditolak ke bilik pembedahan. Hampir saya membatalkan niat untuk menjalani pembedahan ketika itu. Lagi pulak, pembedahan akan menyebabkan saya akan bercuti sakit yang lama.

Sekecil mana operation, pasti menpunyai risiko terutama jika kita memilih untuk bius keseluruhan. Kebetulan inilah kali pertama saya dimasukkan ke KPJ Selangor. Jadi saya belum biasa dengan hospital ini. Saya sangat takut ketika tiba di bilik pembedahan dalam keadaan jaga. Di saat akhir saya bersetuju dengan doktor pakar bius untuk mengambil bius separa badan sahaja. Ketika mereka mengangkat dan membengkokkan kaki saya, saya masih boleh merasakannya. Dalam hati masih sempat berfikir bagaimana jika ketika mereka memotong kulit kaki saya ketika saya masih belum sepenuhnya merasai kesan bius. Hahaha. 

Ketika ternampak doktor bius, saya bertanya apakah ubat bius telah berfungsi. Beliau meminta saya mengangkat paha kiri dan kemudian kanan. Bila saya tidak dapat melakukannya, lalu beliau mengatakan bahawa ianya telah berfungsi. Saya juga bertanya jika beliau telah memberi ubat supaya saya akan menjadi lali. Biasanya saya akan mengucap kalimah syahadah semasa doktor memasukkan ubat tidur ke dalam drip. 

Selepas pembedahan biasanya saya akan dikejutkan dan selepas memberi respon, saya akan menyambung tidur sehingga dihantar ke bilik wad. Tapi entah kenapa saya diminta supaya menarik nafas dalam dalam dan menghembusnya berulang kali. Saya juga mendengar nurse menyebut berkenaan kekurangan oksigen sehingga saya diberikan oksigen melalui hidung. 

Jadi saya merasa penat dan tidak dapat berehat kerana setiap kali hampir tertidur, saya akan diminta untuk menarik nafas. Saya mulai risau jika ada sesuatu yang tidak kena dengan saya ketika itu. Tambahan pula, saya boleh mendengar dengan jelas, nurse bercakap berkenaan patient yang meninggal. Rasanya patient yang baru lepas menjalani pembedahan telah meninggal.

Di samping ketakutan menjalani pembedahan, dalam saat itu, saya juga sempat memikirkan betapa kerdilnya saya ketika itu, saya perlu dibantu orang lain. Saya perlu ditolak ke dewan pembedahan, saya perlu dibantu pernafasan dan saya perlu dibantu dalam segalanya. Jadi siapa pun kita, jangan sombong kerana semuanya kita perlu dibantu dari kita dilahirkan sehingga kita dikebumikan selepas meninggal dunia. Kita tidak mampu melakukannya sendirian. 

Selepas pembedahan, saya merasa sangat tidak selesa kerana kaki yang dibalut dengan bandage dan diletak alat support dari fibre glass untuk memastikan semua urat dapat bercantum sempurna. Diletak di atas bantal, rasa lenguh dan tidak selesa, diletak rata di katil juga tidak selesa, diletak ke bawah juga tidak selesa. Berjalan menggunakan tongkat juga sakit. Sukarnya untuk bergerak, untuk ke bilik air dan solat. 

Selama ini, saya tidak dapat membayangkan rasa kesakitan mereka yang terseliuh kaki. Hanya setelah mengalaminya sendiri, barulah saya memahami betapa kesakitan dan ketidakselesaan. Berhati hatilah bila melangkah supaya tidak terseliuh dan tercedera. Kemalangan boleh berlaku tanpa diduga ke atas sesiapa sahaja. 

Apa pun, saya yakin janji Allah bahawa kesakitan ini akan menghapuskan dosa dosa kecil saya. Aameen. Kini saya bercuti sakit yang agak lama tapi bayangkan keadaan saya yang mana saya perlu hanya duduk berehat tanpa boleh melakukan apa apa. Tidak boleh memasak, tidak boleh berkebun apa lagi untuk berjalan jalan. Jasad terkurung di saat minda bebas ke mana mana. Bertabahlah duhai hati...

Sambal Tumis Sotong

Sekarang masuk bab lauk sambal tumis sotong. Entri ini adalah antara entri yang lama menunggu giliran untuk di publish. Bukan saya memasaknya ketika sedang sakit ini. Saya memang akan memasak lauk yang simple kalau menggunakan udang, sotong atau lain lain makanan laut. Lebih sesuai dengan selera saya berbanding dengan lauk yang berempah bagai. Sotong kali ini dihantar oleh @fishforitmy yang boleh dilihat di Instagaram mereka.  

Saya kali ini menyediakan sambal tumis yang pekat dan kering. Jika suka boleh juga sediakan sambal yang basah dengan memasukkan sedikit air dan kacau sehingga sambal terbit minyak. Sotong juga akan mengeluarkan air jadi jangan pula terlebih masukkan air. Nanti sambal akan berair dan jika dimasak terlalu lama, sotong akan menjadi liat.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....


Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Bahan bahan:
10-12 ekor sotong
1 senduk cili kering kisar
1 inci gula Melaka
1-2 sudu besar gula
Garam

Bahan kisar:
2 biji bawang besar 
3-4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing. Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga kering sekali lagi dan terbit minyak. 

Masukkan gula Melaka dan kacau lagi sehingga gula Melaka hancur dan sambal berwarna cantik. 

Sambal Tumis Sotong

Masukkan sotong dan kacau rata. 

Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Masukkan garam, asam keping dan gula secukup rasa. Masak sehingga sotong masak dan sambal terbit minyak. Tutup api kerana sotong tidak boleh dimasak terlalu lama.


6 ulasan for "Sambal Tumis Sotong Dan Cerita Pembedahan Kaki"

  1. Saya faham keadaan puan,banyakkan berehat ye puan..saya bedah cyst di perut bius penuh Dan keguguran pun bius penuh,sampai hari ni kepala masih pening..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kitajadi keliru dan perlukan support dari orang sekeliling.

      Padam
  2. Saya doakan moga Azie cepat sembuh....

    BalasPadam
  3. GWS dear. Take care. I doakan Azie cepat sembuh.....

    BalasPadam
  4. salam,

    akak ada sleep apnea.
    So mereka kena monitor breathing akak. sbeb bila under bius akak akan berhenti bernafas beberapa ketika. maka kurang oxygen.

    bedah apa sekalipun, memang sakit. jangan bentan. jangan jatuh.

    esok dah sihat dan ok... akak pergi swimming dan kena exercise selalu. aquarobic is the best.

    hati hati jangan kena blood clot especially kaki.


    TAKE CARE

    BalasPadam