Khamis, 29 November 2018

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Tolong jangan kecam saya. Dah beberapa hari saya tak berselera makan. Pergi ke beberapa restoran, semua nampak tak menyelerakan. Saya hanya bersarapan dengan 2-3 sudu nasi goreng yang disediakan oleh Pengasuh Ammar sebagai pelapik perut sebelum makan ubat.

Jadi tiba tiba terasa ingin memasak nasi lemak yang simple simple jer. Masya Allah sedapnyer. Hingga berulang kali terpacul dari mulut saya memberitahu pengasuh Ammar yang sedang mengendong Ammar, "Sedap Nyer Sambal Ikan Bilis Tok Mama hari ini". Hahaha ikan bilis mata biru dari Pulau Pangkor.

Hahaha itulah penangannya bila kita memasak sesuatu yang lama kita tidak memasaknya. Terasa macam sedap giler, best ever sambal ikan bilis. Hahaha. Lebih lebih lagi di saat tekak terasa tidak lalu dan makan apa sahaja, terasa tidak sedap. Bekas hidangan yang comel hari ini dihadiahkan oleh Kitchen Home Outlet. Boleh tengok banyak design cantik cantik di Instagram mereka @kitchenhomeoutlet. Kuali memasak pula dari Instagram @mybazaaruk.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Cara menyediakan sambal bilis hari ini adalah seperti cara arwah Bonda Mertua saya menyediakan sambal ikan bilis. Beliau sangat hebat dan semua yang dimasak terasa sangat sedap. Yang pasti saya menpunyai banyak versi penyediaan sambal ikan bilis. 

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Cuma kalau cara bonda Mertua, semua sekali bahan bahan dimasukkan secara serentak. Ikan bilis, bahan kisar, garam, gula dan asam keping. Dituangkan ke dalam minyak yang panas. 

Dimasak dengan api perlahan sehingga sambal terbit minyak. Berbezanya kerana hari ini, saya pula memasukkan bahan bahan secara berperingkat. Bukan secara sekali gus.

Selain sambal ikan bilis, saya gandingkan nasi lemak saya hari ini dengan ayam goreng, telur mata, ikan bilis goreng dan timun Jepun. Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan sebelum digoreng, digolek ke dalam tepung gandum terlebih dahulu. Goreng dengan minyak yang banyak. Insya Allah sedaplah kejadiannya.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Saya syorkan agar anda menonton video dengan klik di link baru dapat gambaran bagaimana cara saya menyediakannya. Selamat mencuba...

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Sambal Tumis Ikan Bilis  

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
Air asam jawa
Garam kasar
Gula Melaka
Gula pasir

Bahan kisar:
16 tangkai cili kering + 2 sudu besar cili kisar 
5 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan - opsyenal, tak letak 

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi. 

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Masukkan pula bawang besar hiris yang banyak. Masukkan gula, jika perlu. Perlahankan api dan renih sambal sehingga benar benar cantik dan terbit minyak.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Sediakan nasi lemak dan lauk lauk tambahan untuk dimakan dengan nasi lemak seperti ayam goreng, telur mata dan juga ikan bilis goreng.


Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap

Nota:
Untuk resepi dengan sukatan tepat yang saya gunakan, boleh klik di SINI.

1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon