Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Sebetulnya setiap kali saya ditimpa sakit yang memerlukan saya dimasukkan ke ward dan seterusnya bercuti sakit yang lama, perkara utama yang selalu mengganggu saya ialah memikirkan urusan pejabat. Tetapi bila difikirkan kembali, urusan kerja tidak akan pernah selesai sehingga kita mencapai umur persaraan. Lagi pula berapa ramai boss di pejabat yang benar benar ikhlas dan prihatin perihal kesihatan diri kita selain menanyakan berapa lama kita bercuti sakit. 

Saya tidak mahu memikirkan bab rezeki kerana tiada siapa pun yang boleh memberi rezeki melainkan Allah semata. Malahan banyak rezeki yang mencurah curah yang langsung tidak disangka sangka. Jadi saya mahu ketepikan hal dan urusan pejabat. Berserah sahaja sepenuhnya kepada Allah. Saya hanya perlu menyayangi diri sendiri yang perlukan perhatian di saat ini. Bak kata Dr Emelda sewaktu saya ke klinik Idzham pagi saya jatuh, dia berpesan "be good to yourself".


Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Hari ini saya ingin kongsikan lauk gulai lemak pucuk ubi dan petai. Serious sangat sedap bagi mereka yang menggemari masakan tradisional. Pucuk ubi dengan petai adalah 2 bahan yang menjadi pilihan bagi masakan tradisional. Penyediaannya pun sangat mudah. Semenjak dua menjak ni, memang saya agak kemaruk dengan masakan tradisional. Selera jadi berubah. Jom sama sama mencubanya jika anda belum pernah memasak lauk gulai lemak pucuk ubi dengan petai.

Lauk ini hanya sedikit sahaja kerana pucuk ubi kayu hanya dipetik dari pokok ubi kayu di laman belakang rumah dan juga di taman di hadapan rumah. Dulunya saya menanam ubi di tanah reserve kepunyaan TNB tapi selepas melihat mereka membersihkan kawasan sehingga hampir semua pokok pisang kami juga turut dibuang, jadi saya mengambil benih batang ubi kayu untuk dicucuk di belakang rumah. Cukuplah sekadar untuk memasak di rumah.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Bahan bahan:
1 ikat pucuk ubi 
Segenggam petai
1/2 biji kelapa - santan
1 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai - ketuk
Garam

Bahan tumbuk:
1/2 inci kunyit hidup
1-2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis

Cara cara:
Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan pucuk ubi. Celur sehingga lembut. Angkat, tos dan diperah airnya. Hiris supaya tidak terlalu panjang.

Masukkan bahan tumbuk dan cili kisar ke dalam kuali. Masukkan santan cair dan kacau rata sehingga mendidih. 

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Masukkan petai dan diikuti dengan pucuk ubi. Kacau rata. Masukkan serai dan garam secukupnya. 

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan kacau rata. Setelah mendidih, bolehlah ditutup api. 

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai

Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai


1 ulasan for "Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Petai"

  1. Tu dia gulai pucuk ubi yang sedap.Mau bertambah2 nasi kalau ada depan mata ni.

    BalasPadam