Sabtu, 17 November 2018

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Saya sangat sangat teringin untuk makan ayam hutan. Sebetulnya saya pernah membela sepasang ayam hutan yang diberikan oleh abang saya dari Kelantan. Tetapi saya tak dapat mencari orang yang boleh membuat reban ayam sehinggakan ayam berada di dalam sangkar yang kecil. Akhirnya Hubby memberikan ayam hutan jantan pada orang selepas ayam hutan betina mati. Saya sangat sedih ketika itu tetapi redha demi kebaikan ayam jantan tersebut. 


Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Ada juga beberapa kali, makan ayam hutan yang dimasak oleh kakak ipar. Alhamdulillah kerana ada sahabat Instagram yang meminta saya menghubungi adiknya yang menpunyai ayam hutan di rumah mereka. 

Saya terus mengajak Hubby ke sana. Memang sangat kecil saiznya, agak agak besar sedikit sahaja dari burung atau bersaiz spring chicken kalau di luar negara. Tapi saya bersyukur kerana ada insan yang sudi menrealisasi keinginan saya untuk makan ayam hutan. Alhamdulillah...


Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Saya memasak ayam hutan masak lemak cili api yang digandingkan dengan rebung. Masak lemak cili api Nogori yang hanya menggunakan cili api dan kunyit hidup sahaja sebagai bahan utama. Huhuhu sangat sedap dengan kuahnya yang pekat dan berlemak. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung
Ayam Hutan Masak Lemak Cili Dengan Rebung

Bahan bahan:
1 ekor ayam hutan
1 mangkuk rebung - rebus hingga lembut
1 biji kelapa - santan
2 batang serai - titik
1 keping asam keping
Garam kasar

Bahan kisar:
15 tangkai cili padi - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup

Cara cara: 
Masukkan bahan kisar yang dikisar halus bersama serai ke dalam kuali. Kacau rata sehingga ianya hampir kering. 

Masukkan ayam dan kacau rata sehingga agak agak ayam kecut. 


Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Tuangkan santan dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Kacau sehingga kuah mendidih. 


Masukkan rebung, asam keping dan garam. Kacau sehingga rebung masak. 


Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Masukkan santan pekat dan kacau lagi sehingga mendidih dan tiada lagi buih kecil. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Nota:
Jika ayam hutan tua, rebus dulu ayam hutan sehingga empuk dan bila air hampir kering, baru dimasukkan bahan kisar. 

Jika tak suka rebung, boleh gantikan dengan kulat sisir atau apa apa yang disukai.


Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung


1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon