Ahad, 21 Oktober 2018

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Sebelum kita bercerita bab lauk udang goreng telur masin, kita kongsikan bab lain dahulu. Pagi tadi tergaman seketika baca kes pembunuhan Jamal Kashoggi, journalis Arab Saudi yang dibunuh ketika mengunjungi Kedutaan Arab Saudi di Turki bagi urusan pendaftaran perkahwinan. Saya tidak berniat untuk mengulas tentang pembunuhan beliau. 

Cuma kadang kadang terfikir apa perasaan seseorang yang menghampiri detik kematian yang diketahui. Apakah ketika itu, mereka masih memikirkan untuk terus hidup dengan mencari jalan keluar atau ketika itu hanya bertaubat kepada Allah dan mengucap kalimah syahadah. 

Semoga kita semua lebih bersedia untuk menghadapi saat itu dengan redha dengan pengakhiran yang baik. Mudah mudahan. Aameen. Sementara masih hidup di dunia, hendaklah sentiasa berbuat baik sesama manusia. Sentiasa sayang menyayangi. Jangan hanya memikirkan periuk nasi sendiri sahaja. Sekarang kita masuk pula bab resepi hari ini. 

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Lauk udang goreng telur masin adalah antara lauk kegemaran anak anak saya. Kalau singgah makan di Restoran Waneeda yang menjual masakan panas ala Thai, inilah antara lauk yang menjadi pilihan mereka.

Kini dengan salted egg paste, menyediakan masakan berasaskan telur masin menjadi sangat cepat dan sangat sedap. Pes telur masin saya hari ini dijual di Instragram @saltedeggpaste yang memang sangat sedap. Kalau mahu menyediakannya sendiri dari telur masin, memang bercintalah juga. Entah berapa biji telur masin yang perlu direbus dan dilenyekkan. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 


Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Udang Goreng Dengan Telur Masin

Bahan A:
500 gram udang
1 cawan tepung jagung 

Bahan B:
3 sudu makan mentega
4 ulas bawang putih - cincang
2 pelepah daun kari 
7 tangkai cili padi - dicincang 
Secubit gula 
120 gram pes telur masin 

Cara cara:
Bersihkan udang dan tos sehingga air kering. 

Tabur tepung jagung atas udang dan gaul rata. Goreng udang dengan minyak panas, sebentar sahaja. 

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Cairkan mentega dengan api kecil, masukkan bawang putih cincang dan kacau hingga wangi. Masukkan cili padi dan daun kari.  Kacau rata. 

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Akhir sekali, masukkan pes telur masin dan sedikit gula. Kacau sebati dan tutup api. 

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Kemudian tuangkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah dan Sedap


Add your comment
EmoticonEmoticon