Sabtu, 6 Oktober 2018

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Paru Goreng Berlado memang antara lauk kegemaran saya. Semua yang berlado pun saya suka. Seperti ikan goreng berlado, telur goreng berlado, ayam goreng berlado. Hahaha lagi pulak memasaknya sangat mudah. Semua yang mudah saya sukalah kerana saya tidak punya banyak masa di dapur. 

Wanita berkerjaya seperti saya memang perlu mencuri masa untuk ke dapur. Semua perlu dirancang terlebih awal. Contoh, paru mesti dikeluarkan dari peti beku ke bahagian chiller terlebih awal. paru saya hari ini sebenarnya tidak sampai pun setengah kilo. Hanya menggunakan apa yang ada sahaja dari paru yang dapat masa korban baru baru ini. Tapi memasak lauk ini, lebih sedap jika sambalnya lebih sedikit.

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Saya makan berdua dengan Encik Hubby sahaja kerana cucu saya balik ke Putra Jaya untuk majlis perkahwinan Faroq dan Aina di Bora Ombak besok. Siap menambah nambah lagi nasi. 

Siapa yang gemar masakan goreng berlado, boleh guna resepi ini. Serious sedap. Saya boleh makan meratah ratah begitu sahaja tau. Memang krup krap krup krap, tak terasa habis sepinggan. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya juga ada menyediakan video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Boleh subscribe. Video biasa biasa jer.


Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Paru Goreng Berlado

Bahan bahan:
1/2 kg paru - rebus dan lumur garam kunyit
1 keping asam keping
Gula perang
Serbuk perasa
Garam

Bahan tumbuk kasar:
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
3 tangkai cili hijau 
3 tangkai cili merah
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara cara:
Rebus paru dengan sedikit garam dan halia sehingga empuk. Caranya ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, angkat dan tos. 

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Bila sejuk, hiris nipis yang disukai. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Angkat dan tos. Ketepikan. Kemudian sediakan pula sambal. Nota: saya sediakan sambal dulu, jadi bila paru siap dimasak, sambal telah sejuk dan sedia untuk dimasukkan paru goreng ke dalamnya.

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dengan menggunakan api perlahan. 


Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan betul betul sejuk. 

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng garing. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap


Nota:
Sediakan sambal dulu. Sementara sambal disejukkan, boleh goreng paru. 

1 ulasan:

  1. wah...ni memang favourite saya juga. x sabor nak tengok wajah cucu Azie.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon