Ahad, 28 Oktober 2018

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Serious lauk kami hari ini sangat sedap. Lauk masak lemak telur itik dengan jantung pisang. Bayangkan saya makan nasi putih dengan lauk ini sahaja. Tak sentuh lauk lain langsung. Itu pun menambah 3 kali. Sebetulnya saya kalau makan satu lauk berkuah, tak suka dicampur dengan lauk lain yang berkuah atau bersambal. Hilang rasa masak lemak. Kalau sekadar makan dengan ikan goreng garam kunyit sahaja, Ok lagi. 

Jantung pisang hari ini pun sangat sedap. Tak terasa kelat langsung. Telur itik bahagian kuningnya pun, basah basah sedikit. Jangan pulak telur sampai terlalu masak sehingga telur kuning dah menjadi kering. 

Petua yang saya dapat sebelum ini juga ialah masukkan telur sebelum kuah mendidih. Kejadian telur saya hari ini, tidak lah cantik tapi boooleeh lah. Lemak kuahnya pun cukup kerana kami menggunakan santan segar yang diperah sendiri. Warna kuningnya pun cantik. 

Lepas ni jangan ada mak cik Bawang yang menulis komen kononnya saya overclaim masakan saya sedap. Hahaha saya memang suka makan, apa yang saya masak dan rasa sedap, saya tulis sedap sebagai rujukan kalau ada follower yang mahu cuba. Sedap di tekak saya. Tak tahu lah pulak, ada mak cik Bawang yang memendam rasa dan sakit hati dengan saya.  

Jantung pisang sangat banyak khasiatnya. Ianya boleh membanyakkan susu bagi ibu ibu yang menyusukan bayi. Itu berdasarkan apa yang saya baca dan saya dengar dari Bonda Rozita Ibrahim, Pengasas Jamu Ratu Malaya. 

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Cara seorang dengan seorang lain memasak lemak mungkin berbeza. Ini adalah cara saya. Kadang kadang cara saya, hanya mengikut gerak hati. Walaupun menggunakan cili padi, tapi saya juga menggunakan bawang merah dan bawang putih. Masaklah cara mana pun, yang penting ianya sedap dan disukai oleh keluarga kita. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Bahan bahan:
5 biji telur itik - pilih telur segar
1 ketul jantung pisang
Santan segar - dari 1 biji kelapa
1 keping asam keping
Garam
Gula

Bahan tumbuk:
8 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara cara:
Jantung pisang dihiris dan direbus dalam air mendidih sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan gula bagi mengelakkan ianya menjadi lebam. Angkat dan tos.  

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Masukkan bahan kisar dan sedikit air ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih dan bahan kisar masak. 

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Masukkan santan cair dan sentiasa dikacau menggunakan api perlahan. Pecahkan telur di dalam mangkuk kecil. Sebelum kuah mendidih, masukkan telur satu persatu dan terus masak dengan api perlahan sehingga telur mengeras. Jika mahu terbalikkan telur, guna sudu atau senduk kecil sahaja. 

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Masukkan jantung pisang yang telah direbus, asam keping, garam dan gula secukupnya. Nota: telur itik ada sedikit hanyir berbanding telur ayam, jadi kena masukkan asam keping.

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Tuangkan santan pekat dan terus masak dengan api kecil sehingga telur masak dan kuah merenih. Jangan masak sehingga santan terbit minyak.

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Terus dikacau beberapa minit selepas ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

2 ulasan:

  1. wow...favourite bujang saya ni tapi x pernah pakai jantung pisang. boleh cuba resepi Azie ni. tkaseh

    BalasPadam
  2. Assalam kak
    Cara kita makan sama, tak suka campur lauk lain terutama masakan berkuah, contoh dah letak lauk asam pedas, tak boleh letak lauk lemak atau kari. Dah letak kari, jgn letak lauk lemak. Tapi antara asam pedas, kari dan masak lemak, sy pilih masak lemak, lagilah kalu masak lemak sayur, cukup ada sambal belacan dengan ikan goreng, ikan masin pun sodapppp!!

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon