Isnin, 1 Oktober 2018

Majlis Resepsi Hafez dan Mira di Hotel Concorde Shah Alam


Masih terasa rasa kemeriahan majlis perkahwinan anakanda kami Muhamad Hafez dan Nur Amirah Syahirah yang diadakan di kediaman Mia di Shah Alam, Marriot Hotel Putra Jaya dan Concorde Hotel Shah Alam. 

Kegembiraan itu dikongsikan dalam rancangan NONA TV3 dan kini Majalah Nona. Terima kasih Majalah Nona kerana telah memberi slot pada majlis perkahwinan Hafez dan Mia untuk ruangan Momen Perkahwinan. Entri sebelum ini di SINI dan di SINI.

Kali ini saya ingin kongsikan perjalanan majlis resepsi sebelah keluarga kami diadakan di Hotel Concorde Shah Alam. Oleh kerana telah menpunyai pengalaman menguruskan majlis perkahwinan Nana sebelum ini, jadi kali ini saya agak relax. 

Malahan urusan majlis semua diuruskan sendiri oleh anak anak dari door gift, video sehingga aturcara majlis. Susun atur meja yang saya buat juga dipinda semula oleh Alain dan Nana.  



Tetamu VIP ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir yang juga lebih dikenali sebagai Jojo. Majlis bertemakan tradisional dengan pemilihan songket penuh warna royal blue yang direka oleh Aleng Tohara. Kami sekeluarga memakai baju berwarna  ice blue manakala keluarga besan kami memilih warna silver grey.




Pelamin direka oleh Indah Wedding yang sangat cantik. Kami juga menyediakan board untuk tetamu bergambar kenangan. Kami menjemput hanya seramai 500 orang sahaja kerana tidak mahu meja dan dewan yang terlalu padat.

Di bawah ini adalah antara gambar tetamu yang telah turut sama menghadiri dan memeriahkan majlis perkahwinan Hafez dan Mira.




Majlis diakhiri dengan acara bergambar bersama keluarga dan sahabat handai. 





Dengan itu, berakhirlah majlis perkahwinan Hafez dan Mira. Doakan semoga mereka bahagia dan berkekalan sehingga ke Jannah. Aameen.  


Add your comment
EmoticonEmoticon