Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Persandingan Hafez dan Mira di Hotel Marriot Putra Jaya


Walaupun telah agak lama, saya tetap ingin mencoretkan sedikit berkenaan majlis perkahwinan anakanda kami. Saya tidak menulisnya terlebih awal kerana ingin memberi laluan kepada artikel di dalam majalah NONA di SINI. Entri majlis pernikahan sebelum ini di SINI.

Kemuncak bagi majlis perkahwinan Hafez dan Mira adalah majlis resepsi di Hotel Marriot Putrajaya pada 10 Mac 2018 yang dihadiri ramai kenamaan. 

Tetamu VVIP adalah DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Ketua Hakim Negara dan Menteri Besar Selangor bersama isteri masing masing. Selain itu, terdapat juga menteri menteri dan Ahli Majlis Dewan Diraja Selangor serta kerabat diraja Selangor. 

DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor

Hafez dan Mira memilih persalinan gaun yang direka Datin Lynda Rahim. Pelamin pula direka oleh Adi Putra. Mira disolek oleh Alha Alfa. 

Kami sekeluarga check in di hotel pada tengahari Sabtu dan terus ke grand ballroom untuk melihat persiapan akhir dan juga rehersal. Selepas solat Maghrib, kami bergegas turun kerana kedatangan tetamu adalah bermula pada pukul 7.45 malam. Agak rushing kerana waktu Maghrib adalah 7.28 malam. 

Sebaik ketibaan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor ketika itu, kami mulai masuk ke holding room sementara menunggu ketibaan Tun Md Raus Sharif dan seterusnya YTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. 


Ketibaan Baginda Sultan disambut oleh besan kami Dato Salehuddin dan isteri yang kemudiannya membawa kedua dua pengantin mengadap untuk diperkenalkan kepada baginda Sultan dan tetamu VIP yang lain. 



Selepas itu, diadakan sesi bergambar dengan Sultan, tetamu VIP dengan pasangan pengantin sebelum masuk ke dalam grand ballroom untuk memulakan majlis. 


Majlis merenjis dimulai dengan DYMM Sultan dan Permaisuri sebelum diakhiri dengan ibubapa kedua belah pihak. 

DYMM Sultan Selangor memulakan istiadat merenjis

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin

Selesai merenjis, tetamu VIP berangkat ke meja pengantin untuk menikmati makan malam. 



Sepanjang majlis, tetamu dihiburkan dengan persembahan oleh Najwa Muhyiddin diikuti dengan persembahan "surprise" dari kakak, adik dan sepupu sepupu Mira yang memang berbakat. 



Akhir sekali diadakan sesi memotong kek perkahwinan. Selepas tetamu VIP berangkat balik dari majlis, diadakan sesi bergambar dengan pengantin. Ketika ini sahabat handai dan saudara mara mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan kedua pengantin. 



Catat Ulasan for "Persandingan Hafez dan Mira di Hotel Marriot Putra Jaya"