Selasa, 23 Oktober 2018

Kek Pisang Moist dan Sedap

Kek Pisang Moist dan Sedap

Entah kenapa sehari dua ini, saya sangat terganggu bila membaca bab rasuah berjuta juta dan juga bab pembunuhan kejam seorang journalis di Kedutaan Arab Saudi di Turki di mana jarinya dipercayai dipotong ketika dia masih hidup. Terfikir bagaimana mereka membunuh dan merancang pembunuhan, boleh tidak ada rasa belas kasihan untuk mengambil nyawa orang lain secara kejam. Begitu juga dengan rasuah, tidak kah terfikir akan dosa mengambil jalan mudah sedang ada orang lain, berpanas berhujan untuk mencari sesuap nasi dan menanggung anak anak. 

Tidakkah mereka takut dengan CCTV yang akan ditayangkan di akhirat kelak. Tidak takutkah dengan dosa besar kerana membunuh dan makan rasuah. Mudah mudahan kita semua dijauhi dari semua niat kejahatan dan sentiasa dilindungi Allah. Sekarang kita tinggalkan bab ini dan masuk pula berkenaan resepi. 

Walaupun saya telah menpunyai resepi kek pisang yang gebu sedap di SINI dan di SINI tapi kali ini tertarik untuk mencuba resepi kek pisang yang dikatakan moist, gebu dan mudah kerana semua bahan hanya dikisar menggunakan blender sahaja. Resepi saya ambil dari SINI

Kenapa saya suka resepi yang menggunakan blender? Hahaha kerana kitchen mixer saya sekarang ada di Kedai Bake & Munch. Boy dengan Mia mengambilnya untuk business cookies dan cake di kedai mereka. Sebetulnya resepi kek pisang saya sebelum ini juga, boleh jika mahu dikisar dengan menggunakan blender. Bagi mereka yang tiada kitchen mixer, tiada alasan untuk tidak mencuba kek ini. 

Kek Pisang Moist dan Sedap

Kek Pisang akan lebih moist dan sedap lepas sehari. Tapi kami terus potong dan terus makan kerana kebetulan Boy dan Mia ada di rumah. Jika ditanya pendapat saya, saya lebih suka kek pisang dari resepi yang saya guna sebelum ini. Lebih lembab. Boleh lihat perbezaan bahan basah dan bahan kering yang digunakan dalam kedua dua resepi ini. 

Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa untuk melihat video penyediaannya yang saya sediakan di SINI di Azie Kitchen youtube channel. Selamat mencuba...


Kek Pisang Moist dan Sedap

Kek Pisang Moist Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan ayak:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

 Bahan kisar:
8 biji pisang emas
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kaster
3 biji telur

Cara cara:
Satukan tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbanat dan diayak. 

Tuang bahan yang dikisar dalam belas tepung. Kaup balik tepung dan bahan kisar hingga sebati. 

Kek Pisang Moist dan Sedap

Kek Pisang Moist dan Sedap

Alaskan loyang saiz 8” dengan kertas minyak atau lenser loyang dengan mentega. 

Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. 

Kek Pisang Moist dan Sedap

Sejukkan dan sedia untuk dipotong dan dihidangkan. 

Kek Pisang Moist dan Sedap


1 ulasan:

  1. salam kak, saya ada 2 soalan. mohon pencerahan dari kak.
    1. cawan matrik atau cawan minum biasa kak?
    2. kek pisang yang pecah ditengah tu kenapa? api kena perlahan ka?

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon