Khamis, 20 September 2018

Baby Kailan Dengan Bawang Putih Lauk Wanita Dalam Pantang

Baby Kailan Dengan Bawang Putih Lauk Dalam Pantang

Sebetulnya sayur kailan adalah sayur baru dalam hidup saya. Saya kenal dan makan kailan hanya setelah saya berkahwin dan bekerja di Kuala Lumpur. Itu pun sebab setiap hari mesti menanyakan resepi dari office mate. Masa tu bukan ada media social macam hari ni yang orang berlumba lumba berkongsi resepi. Masa tu, kenalah juga tanya dan bodek bodek kawan untuk menanyakan resepi. 

Dari situlah baru kenal sayur kailan. Masih ingat resepi pertama saya masak sayur kailan adalah Sayur Kailan Masak Lemak. Saya belajar dari Kak Halimah. Boleh klik di SINI. Mula mula rasa pelik sebab sayur masak lemak putihnya ditumis dan diletakkan juga udang hidup. Tapi bila dah lama membuatnya, jadi lah lauk kegemaran. 

Juita pernah cakap, mama ni asyik cakap mama budak kampung. Hahaha. Bila saya kata saya budak kampung kerana memang benarnya saya budak kampung yang dibesarkan di kampung dan menjalani hidup sebagai anak kampung. Ada juga budak kampung tapi hidup seperti biasa. Hanya di rumah menonton TV atau membaca buku. Tiada aktiviti budak kampung seperti saya yang suka masuk hutan, suka bermain sungai menangkap ikan, suka bermain laut dsb. 

Sebetulnya saya tidak malu atau rasa kekurangan pun sebagai anak kampung.  Malahan saya bangga kerana berpeluang merasai kehidupan anak kampung dan kini merasai kehidupan orang bandar. Saya merasai kehidupan susah sebagai anak kampung yang mandi dengan air perigi, minum air dari tempayan, memasak dengan dapur kayu, makan dengan duduk di lantai. 

Ianya mengajar saya dan membentuk diri saya pada hari ini. Ia mengajar saya erti alam dan kehidupan. Allah memberikan segalanya untuk diterokai dan cukup untuk dijadikan makanan untuk kehidupan. Kesusahan hidup semasa dulu, menjadikan saya sentiasa insaf akan kesusahan orang lain. Kesenangan yang saya miliki hari ini, bukan kerana saya bijak atau pandai atau rajin, tetapi adalah rezeki dari Allah. 

Kadang kadang bila membeli barang yang mahal, saya selalu bayangkan dengan harga yang dibayar, mampu menampung mungkin satu tahun atau setengah tahun perbelanjaan keluarga yang miskin. Bukan bermakna saya tidak berbelanja langsung tapi berpada pada dan sekadar ada sahaja. Cukup setakat ini dahulu, sekarang masuk bab resepi pula. 

Jom layan resepi yang saya sediakan untuk Nana semasa dia di dalam pantang. Kalau kita yang bukan dalam pantang, sedaplah dimasukkan sos tiram. Tetapi bagi yang di dalam pantang, sos tiram yang bersumber seafood dikuatiri boleh menyebabkan allergi atau gatal. Selamat mencuba...


Baby Kailan Dengan Bawang Putih Lauk Dalam Pantang

Baby Kailan Dengan Bawang Putih

Bahan bahan:
4 ulas bawang putih - dicincang
Sedikit lada hitam - tumbuk
Bawang goreng - opsyenal
Sedikit air dibancuh dengan tepung jagung
Sos tiram - jika tidak dalam pantang

Cara cara:
Panaskan air dan masukkan sedikit minyak bijan/minyak zaitun. Masukkan kailan dan celur sehingga layu. Setelah sedikit layu, angkat dan tos. Susun dalam pinggan. 

Panaskan minyak bijan dan tumis bawang putih dan lada hitam sehingga kekuningan. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 

Baby Kailan Dengan Bawang Putih Lauk Dalam Pantang

Akhir sekali, masukkan air yang dibancuh dengan tepung jagung dan apabila mendidih tuangkan ke atas kailan tadi. 

Baby Kailan Dengan Bawang Putih Lauk Dalam Pantang

Taburkan bawang goreng.


Add your comment
EmoticonEmoticon