Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang

Masih lagi dalam resepi untuk lauk dan sayuran wanita dalam pantang selepas bersalin. Kali ini saya ingin kongsikan sup lobak putih yang sangat bagus untuk wanita dalam pantang. Ianya sangat bagus dan berkhasiat untuk memperbanyakkan air susu. 

Kalau boleh, makan sepanjang dalam tempoh berpantang secara berselang seli dengan sup sayuran lain. Kalau hari hari, takut jemu pula. Hanya anak pertama saya balik berpantang di kampung. Selepas itu, hanya bersendirian di KL dengan dijaga oleh suami. Anak ketiga dan seterusnya saya dijaga oleh pembantu rumah. Kini lebih mudah, terdapat banyak khidmat confinement lady yang boleh memasak, mengurut, bertungku dan menjaga bayi sehingga sebulan.

Semua orang belajar melalui pengalaman samada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Saya sendiri walaupun menpunyai lima orang anak, hanya anak yang bongsu sahaja saya dapat menyusu dengan susu badan sepenuhnya sehingga dia berumur 6 bulan. Yang lain dah dicampur dengan susu tepung dan berhenti menyusu badan bila berumur 4 bulan. 

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang

Bukan kerana saya tidak mahu menyusu tetapi kerana tidak menpunyai ilmu penyusuan badan. Ketika itu, tiada banyak maklumat seperti hari ini. Jika mahu, kena cari dalam buku. 

Itu pun selepas nurse meminta saya terus menyusu selepas bersalin walaupun tiada air susu lagi. Ini adalah kerana 3 hari pertama, memang tiada air susu tetapi wanita bersalin menpunyai cairan kolostrum yang bagus untuk memberi antibodi kepada bayi sehingga dia berumur 3 bulan. Jangan cepat memberi susu botol kerana bayi ketika masih menpunyai banyak cairan dalam badan.

Saya juga ditunjukkan cara memerah susu dengan tangan sehingga saya mampu menghasilkan susu yang banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk sebagai bekalan ketika saya mula kembali bekerja. Ketika itu, cuti bersalin hanya 44 hari. Cuma kesibukan di pejabat dengan mesyuarat menyebabkan ada ketika, saya tidak sempat untuk memerahnya. 

Sebelah malam pula, saya akan menyusukan badan sepenuhnya. Tetapi ada kala suami tidak mengejutkan saya dan memberi susu botol. Ianya menyebabkan air susu lama lama menjadi sedikit dan terus tiada. Saya sangat sedih ketika itu. Tidak dapat dihurai dengan kata kata. 

Jadi wanita yang bergelar ibu, cubalah sedaya upaya untuk menyusukan anak anak kerana ianya adalah detik terindah bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Allah mengurniakan zuriat bersama dengan makanannya sekali. Hebat ciptaan Allah. 

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang

Untuk resepi sup hari ini, saya banyakkan penggunaan halia dan bawang putih yang sangat bagus untuk membuang angin dan mempercepatkan pemulihan. Saya guna sedikit sahaja lada hitam kerana cucunda saya masih menpunyai sedikit jaundice. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa subscribe video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang

Sup Lobak Putih 

Bahan-bahan:
1/2 batang lobak putih
1 batang lobak merah
Sedikit daun sayur sawi
Sedikit daun bawang
1 inci halia - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit lada hitam
Garam

Cara cara:
Buang kulit lobak putih. Lobak putih dibelah dua sebelum dihiris nipis, jika bersaiz besar. 

Panaskan sedikit minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga garing.

Masukkan air secukupnya. Masukkan lobak putih dan lobak merah. Masak sehingga mendidih dan lobak lembut.

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang

Kemudian masukkan sayur sawi. Akhir sekali masukkan garam, lada hitam secukupnya dan daun bawang. 

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang

Nota:
Sangat bagus untuk memperbanyakkan susu badan bagi wanita dalam pantang. 

Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang



5 ulasan for "Sup Lobak Putih Untuk Wanita Dalam Pantang"

  1. Azie, boleh jemur cucu pada pukul 8 pagi utk dapatkan vit E....Insyallah jaundice cepat hilang. jemur dia 10-15 min pun dah cukup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu masa anak saya kena jaundice pun saya buat macam tu juga. Jemur sekejap sahaja. Sebelum pukul 9 pagi.

      Padam
  2. salam.terima kasih kak azie kongsi resepi. wife saya tengah menunggu hari utk bersalin & nanti sy sebagai suami yg sendiri akan menjaganya.Fuhh..semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  3. salam sis azie. sy first time jd ibu. if skrg anak dah nak masuk 4 bulan,still can cuba this resepi tak? Air susu badan sy sikit sis. sedih saya

    BalasPadam