Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Sebelum kita masuk bab resepi, saya sekadar ingin kongsikan pengalaman saya semasa berpantang. Alhamdulillah kerana anak anak saya semuanya tidak meragam semasa dalam pantang dan tidak mengalami apa apa masalah. 

Kecuali Juita yang menpunyai masalah jaundice yang menyebabkan doktor terpaksa discharge saya dari hospital terlebih dahulu. Perasaan ketika itu, sangat sedih bila keluar hospital kerana bersalin tapi tanpa membawa balik bayi. Saya berulang alik ke hospital untuk menyusukan dia. Selepas dia keluar dari hospital barulah saya mula melakukan rawatan berurut dan bertungku. Kiranya baru boleh berehat.

Kalau orang lain memberi komen tidak suka dan boring masa berpantang, berbeza dengan saya. Saya suka menjalani tempoh berpantang kerana saya dapat berehat tanpa perlu ke pejabat. Yang penting saya dapat menghabiskan masa menjaga sendiri bayi saya. Selepas dua minggu, saya mandikan sendiri bayi saya mengikut kaedah yang saya baca dari buku. 

Semuanya saya ikut langkah demi langkah. Buka baju bayi di dalam kain lampin supaya tidak gayat dan tinggalkan berbalut dengan kain lampin sahaja. Bayi disabun ketika masih ditutup longgar dengan kain lampin untuk mengelakkan bayi gayat dan kesejukan. Test kepanasan air mandian dengan menggunakan siku, bukan dengan tangan. 

Dengan menggunakan kapas yang dibasahkan, bersihkan mata dan muka terlebih dahulu. Selepas itu, basahkan kapas dengan sabun bayi dan disabunkan di serata badan terutama di bahagian berlipat. Kemudian baru diangkat atas riba dan dibasuh kepala dan di shampoo rambut bayi, perlu bilas dan terus lap rambut sehingga kering dengan tuala. 

Selepas itu, baru diangkat bayi ke dalam besen untuk dimandi seluruh badan dan akhir sekali dibilas dengan air bersih dari bekas atau besen kecil yang disiram di belakang badan bayi. Jangan bilas menggunakan air yang telah diguna untuk merendam. 

Sediakan tuala di atas riba, angkat dan terus letak di atas tuala supaya tidak kesejukan. Cepat cepat peluk supaya ia selesa dan tidak menangis. Selepas disiapkan baju semua, baru diberikan susu. Bayi akan tidur dengan nyaman selepas menyusu. Inilah cara ibu yang masih berpantang jika ingin memandikan sendiri bayi. Walaupun telah lama, namun saya masih ingat semuanya secara detail kerana ketelitian saya.

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Kerabu Pucuk Pegaga ini sangat sedap, bukan sahaja bagus untuk wanita dalam pantang tapi untuk orang bukan dalam pantang juga. Sebetulnya saya tidak pernah makan daun pegaga walaupun dikatakan sangat bagus untuk awet muda. 

Cuma hari ini sebab nampak sangat sedap, itu yang saya menjamah satu sudu sebagai konon konon untuk merasa. Hahaha tapi sebab sedap, selepas tu saya mula meratah ratah kerabu ini. Meratah begitu sahaja. 

Selain dibuat kerabu, untuk wanita dalam pantang, boleh juga pegaga dimasak air dengan dimasukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, lada hitam dan garam. Jadi kepada yang ingin awet muda, boleh masak seperti ini. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa melihat video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jangan lupa subscribe ya...


Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Kerabu Pegaga

Bahan bahan:
1 ikat pegaga - dihiris
1-2 biji limau nipis
2 batang serai - hiris

Bahan tumbuk:
1 inci halia - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil lada hitam
Segenggam ikan bilis

Cara cara:
Goreng semua bahan tumbuk tanpa minyak sehingga garing.  Setelah hampir garing, baru dimasukkan serai yang dihiris. Goreng lagi sehingga bahan lain garing agak agak boleh ditumbuk.

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Tumbuk kasar atau kisar menggunakan blender kering sehingga hancur tapi jangan terlalu hancur. 

Hiris pegaga dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan kisar kasar tadi ke atasnya. 

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Perahkan air limau nipis secukupnya. Gaul rata rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas. 

Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang

Nota:
Pegaga sangat berkhasiat kerana ianya berfungsi sebagai  agen pembersih darah, membantu pembentukan tisu, penyembuh luka serta untuk awet muda


3 ulasan for "Kerabu Pegaga Untuk Wanita Dalam Pantang"

  1. Sedapnya kerabu pegaga.. Sha kalau buat kerabu memang laju makan.. kalau ulam cengitu je pegaga nie kurang suka..

    BalasPadam
  2. Daun pegaga pun bagusnutk tambah susu badan kak azie

    BalasPadam