Khamis, 28 Jun 2018

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Tiba tiba hari ini teringin untuk menikmati mee talam pasar Jelawat yang merupakan mee kegemaran saya sejak kecil. Boleh klik di SINI untuk entri yang lepas. Saya memasak mee goreng ini untuk makan ketika berbuka puasa. 

Hari ini saya menpunyai mesyuarat sehingga hampir pukul 6.00 jadi saya tidak sempat solat di pejabat. Balik rumah singgah di kedai runcit untuk membeli bahan bahan yang diperlukan untuk memasak mee dan kemudian tergesa gesa naik ke bilik untuk solat Asar. 

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Nasib baik Juita menolong merebus cili kering, mengupas bawang, menyediakan air gula Melaka dan menyiang sayur kangkung.  Itu pun saya siap memasak ketika azan Maghrib. Jadi gambar hari ini memang gambar dalam keadaan tiada cahaya semulajadi. Kurang cantik. Jadi jangan tengok gambar tak cantik, terus rasanya tidak sedap. Ini kerana mee goreng ini sangat meletop.

Tengah tengah menumis, cili pula terpercik masuk ke dalam mata. Aduhaai kali pertama kena seperti ini. Panas dan pijar tidak boleh hendak digambar. Saya menggunakan hanya 2 sudu besar cili kisar tetapi kali ini cilinya jenis pedas. Menahan nahan kepedasan. 

Namun begitu rasanya sangat sedap. Terlerai rindu untuk menikmati mee kampung hingga saya menambah hingga 3 pinggan. Pastinya mee talam asal tidak dimasukkan udang, memang kosong dengan hanya ada batang kangkung yang dipotong pendek pendek. Itu pun jarang jarang sekali baru bertemu batang kangkung. 

Jom layan resepi di bawah ini. Saya olahkan sedikit penggunaan bahan bahannya. Kalau dilihat dari penggunaan gula Melaka, boleh diagak yang mee ini terasa sedikit lemak manis. Boleh lihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel yang saya sediakan lama dulu. 


Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Mee Talam Yang Sangat Sedap dan Nostalgia

Bahan-bahannya; 
2 peket mee kuning 
1 mangkuk kecil udang 
1 ikat kangkung 
1 -2 sudu besar cili kisar
Garam

Bahan Kisar:
4 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah

Bahan masak:
Kicap pekat cap Ikan Mas
Kicap lemak manis cap Ikan Mas
1/2 keping gula Melaka

Cara cara:
Masak sedikit air dengan gula Melaka hingga gula hancur. Masukkan kicap dan masak sehingga berkilat. Angkat dan ketepikan. Nota: kali ini saya tidak masukkan kicap dalam gula Melaka. 

Panaskan minyak dan tumis bawang bawang yang dikisar kering sehingga garing dengan menggunakan api perlahan. Masukkan pula cili kisar. Terus tumis sehingga cili benar benar masak. Masukkan sedikit air dan masak lagi sehingga air kering dan bahan tumisan terbit minyak. 

Masukkan udang dan dikacau sehingga udang masak. Masukkan mee dan batang kangkung. 

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Kacau rata sebelum dimasukkan air gula Melaka dan kicap. Kacau rata. Masukkan daun kangkung dan garam, kacau rata. 

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dinikmati panas panas. 

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia


Add your comment
EmoticonEmoticon