Ahad, 25 Mac 2018

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Kalau anda ada baca entri saya yang lepas, pasti anda ada membaca bahawa saya adalah seorang anak kampung yang menpunyai pelbagai pengalaman hidup sebagai anak kampung. 

Sejak kecil, saya biasa makan udang sungai dan udang galah yang ditangkap sendiri oleh arwah bapa saya di sungai Tangok belakang rumah kami. Atas sebab itu, saya tidak pernah merasa makan udang laut sehinggalah setelah saya berkahwin dan berhijrah di ibukota. 

Oleh kerana telah terlalu kerap makan udang sungai, saya tidak pernah beli atau memesan lauk udang galah bila makan di mana mana. Saya seperti jemu dengan udang itu. 

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Entah kenapa kebelakangan ini, saya tiba tiba menjadi rindu untuk menikmati udang galah. Lagi pulak Juita sedang bercuti selepas balik untuk majlis perkahwinan Hafez dan Mia. 

Boleh tahan juga harganya. Yang saiz kecil 2 jari, RM45 sekilo. Kalau yang saya biasa makan dulu dulu, harganya RM78 sekilo. Yang ni menpunyai sengat besar yang isinya sangat sedap.

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Semasa kecil dahulu, udang sungai biasanya dimasak gulai dengan batang keladi. Batang keladi yang ditanam sendiri, memang sedap dan tidak gatal. Boleh rujuk entri sebelum ini di SINI. 

Tapi oleh kerana tiada stock batang keladi. Hari ini saya gantikan dengan pucuk paku. Sebetulnya, masak lemak pucuk paku lebih sedap jika kita menggunakan udang laut berbanding udang galah. Tetapi tidak mengapa untuk mencuba sesuatu kelainan kan. Bila menyiang pucuk paku, kita sebaiknya gunakan tangan, jadi kita tahu yang mana batang muda dan yang mana tua. 

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Kalau lah gulai atau masak lemak seperti ini, kena gandingkan dengan lauk simple simple jer. Jangan lah pulak nak digandingkan dengan sambal tumis bagai. Makan jer dengan ikan goreng garam kunyit pun dah cukup sedap. Tambah pulak, jika nasi putihnya panas panas. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya guna kedua jenis kunyit kerana kunyit hidup memberi bau dan rasa yang harum. Manakala serbuk kunyit pula menambah kecantikan warna gulai. Saya tidak letak asam keping hari ini. Jika suka, boleh juga diletak. Terpulang kepada selera masing masing...

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Gulai lemak Udang dengan Pucuk Paku 

Bahan bahan:
15 ekor udang galah
3 ikat pucuk paku
1 sudu kecil serbuk kunyit - untuk tambah warna
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perasa - jika suka
1 kotak santan + air secukupnya

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi  - ikut pedas yang disukai
2 ulas bawang merah
1-2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masak bahan kisar dan serbuk kunyit di atas dapur sehingga cili nya sedikit masak. 

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Masukkan santan dan udang.  Kacau rata supaya ianya tidak naik minyak. 

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Setelah mendidih, masukkan pucuk paku. Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Bolehlah ditutup api. 

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Nota: 
Jangan terlebih masak pucuk paku. 


2 ulasan:

  1. wah....musim lauk udang je ya kak azie. sedapnya

    BalasPadam
  2. adoiii sedapnya kak udang galah dengan pucuk paku. tak boleh jadi ni balik kang nak g apsar lah hehe..

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon