Isnin, 1 Januari 2018

Perjalanan ke Manchester

Perjalanan Ke Manchester

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 buat semua follower blog Azie Kitchen. Hari ini saya bersiaran dari London yang menyambutnya lewat 8 jam dari Malaysia. Detik 12.00 tengah malam tahun baru kali ini, kami berada di dalam kereta menuju ke London. Namun begitu, entri hari ini adalah berkenaan catatan perjalanan kami ke Manchester. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Kami tiba di Heathrow Airport pada pukul 2.40 petang waktu tempatan dengan suhu 8 deg C. Oleh kerana musim winter, hari telah gelap seperti malam. Kami bermalam di easyHotel London Heathrow berdekatan dengan Heathrow Airport sebelum bertolak ke Manchester. Ini adalah kerana pejabat tempat kami menyewa kereta ditutup dari 24 hingga 26 Disember.

Hotel ini agak sederhana tetapi harga yang sangat berpatutan. Hanya RM482 untuk 3 bilik. Harga tidak termasuk sarapan. Ianya adalah bajet hotel sahaja untuk berehat beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Selepas check in, kami hanya memesan pizza secara delivery kerana cuaca terlalu sejuk, tidak selesa untuk keluar. 

Pukul 1 pagi waktu tempatan 27 Disember 2017, saya dah terjaga. Terasa sangat dahaga. Lupa hendak beli air mineral sebelum tidur. Pukul 2.30 pagi saya bangun mencari pizza yang tidak habis makan waktu makan malam. Hmm bayangkan makan pagi pagi buta sambil ber WA dengan group kerana keluarga Dato Salehuddin ketika itu, sedang bersiap untuk ke airport bagi penerbangan ke Switzerland. 

Hubby dengan Boy bertolak ke London pukul 7.00 pagi. mengambil kereta di Bayswater. Kami menyewa MPV Mercedez Viano yang memuatkan 8 penumpang dengan unlimited mileage. Boy menghantar pesanan WA supaya bersiap dan check out pukul 9.50 pagi dan terus tunggu di bawah. 

Sementara menunggu Hubby dan Boy, kami keluar di depan hotel. Kononnya untuk mengambil gambar tapi hujan bersalji mulai turun. Tak sampai 5 minit di luar, saya lari masuk bilik. Terpaksa masuk bilik untuk menyarungkan long john dan menukar jacket wind breaker. 

Nana dan Alain pula berjalan kaki keluar untuk ke kedai. Saya mulai risau kerana hari telah hujan takut Nana tersangkut di dalam hujan. Kami belum sempat untuk membeli sim card untuk menggunakan wifi. Jadi ada masalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain. 

Selepas memuatkan bag yang menjadi kebimbangan kami takut tak muat, kami bersedia untuk memulakan perjalanan. Bertolak dari hotel pada pukul 10.15 pagi. Perjalanan dari London ke Manchester mengambil masa selama 4 jam setengah. Hubby memandu dengan kelajuan sederhana kerana jalan licin dan basah dengan salji. 

Sepanjang perjalanan, saya banyak tidak tidur. Mata terpegun melihat kecantikan pemandangan yang bersalji, juga pemandangan rumah english dengan padang ragut yang menghijau bak padang golf di Malaysia. 

Perjalanan Ke Manchester

Sebelum itu, kami singgah untuk ke bilik air dan juga membeli sedikit minuman dan makanan. Hahaha jakun, walaupun salji sikit jer, nak juga posing posing. Ada akak kisaaah kan. 

Perjalanan Ke Manchester

Tiba di rumah sewa Juita pukul 3.40 petang. Hari pun dah mula gelap. Sebaik sampai kami terus naik ke bilik Juita untuk menunaikan solat. Selepas itu turun untuk makan nasi lemak yang telah Juita sediakan.  

Semasa dalam perjalanan, Nelly telah menghantar message pada Juita supaya memasak nasi lemak. Hahaha sedap nasi lemak dia. Lengkap dengan adanya telur rebus dan timun. Kami makan hingga habis satu periuk. Bila dah sejuk dan kelaparan, bertambah lah lagi sedap nyer. 

Perjalanan Ke Manchester

Selepas makan, barulah kami ke hotel untuk check in. Di Manchester kami menginap di hotel Staycity Aparthotels Manchester Picadilly yang terdapat kemudahan memasak. Ianya betul betul terletak di tengah bandar Manchester. 

Kami hanya berjalan kaki untuk ke shopping mall dan deretan butik butik berdekatan. Kalau di London, kedai kedainya seolah di Oxford Street. 

Perjalanan Ke Manchester


4 ulasan:

  1. Adui..cter tgantung lg...xabis lg..
    Cpt2 update seterusnyaaaaa..xsabarzz

    BalasPadam
  2. Wah bestnya Kak Azie ke Manchester..
    Selamat Tahun Baru untuk Kak Azie ;)

    BalasPadam
  3. Kalau menyewa kereta, lesen Malaysia boleh digunakan di sana ya utk memandu?

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon