30 Dec 2017

London Kami Datang


Bagi saya yang berkerjaya, peluang bercuti adalah saat yang sangat sangat saya tunggu. Saya tidak boleh pergi bercuti sesuka hati. Penggunaan cuti tahunan yang terhad terpaksa dirancang dengan sebaiknya. Kepentingan tugas juga perlu diutamakan. Boleh baca entri sebelum ini di SINI

Seperti yang saya tulis sebelum ini, bercuti ke London mungkin bukan lah sesuatu yang luar biasa. Ramai orang Malaysia di London. Kalau istilah sekarang, bersepah sepah di Kota London, apa lagi di tempat shopping. Tapi yang istimewa percutian London ini pada saya adalah kerana peluang bercuti bersama kesemua anak menantu dan juga keluarga bakal besan. 

Kami bertolak pukul 9.20 pagi 26 Disember dengan menaiki penerbangan MAS MH4 ke London. Kami menyewa mini van untuk ke airport memandangkan bag kami yang besar besar. Kami keluar rumah pukul 5.00 pagi dan sebaik sampai di airport, terdengar pengumuman masuk waktu solat Subuh. Kami bersolat Subuh di airport sahaja. 

Terlalu ramai orang. Terpaksa beratur panjang untuk luggage drop. Selepas selesai, kami bersarapan di Kopi Time. Hmm sedap pula mee hoon goreng walaupun kosong sahaja sehingga terkeluar dari mulut saya yang mee hoon di Medan Kupang semua tidak sedap. Hari hari bersarapan di situ kerana terpaksa dek kesuntukan masa. Serius, bukan susah pun untuk menjadikan mee hoon goreng sedap. Hanya pastikan secukup rasanya dan goreng sehingga masak. Adakala mee hoon masih basah lagi. Hahaha sempat mengomen bab masakan ya. 


Kemudian kami mula masuk. Dan sekali lagi, beratur panjang untuk scan passport di pemeriksaan imigresen. Pintu berlepas kami adalah C27. Sebetulnya masa kami tiba di pintu berlepas agak ngam ngam satu jam sebelum waktu berlepas. 

Turut berangkat bersama kami dalam penerbangan yang sama adalah keluarga bakal besan kami, Dato Salehuddin dan keluarga abang beliau. Mereka memilih tempat duduk di tingkat atas dan kami di tingkat bawah. Mira dan Haziq ada turun berjumpa dengan kami. Dari London, mereka akan meneruskan perjalanan ke Switzerland. 



Alhamdulillah kerana flight tidak penuh. Jadi Nelly dapat satu baris untuk dia seorang. Manakala saya dan Aween berpindah ke kerusi di hadapan. Yang seronoknya, bila dapat kerusi kosong untuk diletakkan handbag. Inilah yang boleh mengganggu keselesaan dalam penerbangan. 



Setengah jam selepas berlepas, kami dihidangkan dengan dengan sarapan lewat pagi. Ooh barulah saya tahu istilah untuk brunch. Kami memilih nasi lemak. Selepas makan, kami tidur. Bila terjaga, ingatkan dah hampir sampai, rupanya lagi 8 jam. 

Alhamdulillah selepas lebih 13 jam penerbangan, kami selamat tiba di Heathrow airport. Jam ketika itu adalah 2.40 petang 26 Disember 2017 waktu tempatan dengan suhu 8 deg C. 


Oleh kerana kereta hanya boleh diambil keesokannya kami bermalam di Easy Hotel. Secara kebetulan, keluarga Dato Salehuddin juga bermalam di hotel yang sama.

Sesampai di hotel, badan terasa kepenatan. Kami hanya memesan pizza secara delivery sahaja. Lagi pulak, tak tahan dengan cuaca yang sangat sejuk. Selepas makan, kami terus tidur.

Setakat inilah dahulu untuk catatan hari pertama kami. Untuk ke mana mana percutian, keluar dari rumah dan berada di airport untuk berlepas adalah sesuatu yang menyeronokkan. Saya pun tak tahu kenapa saya berperasaan macam ini. Hahaha teruja gamak nya. 

1 ulasan so far

Xsabar nk dgr semua citer...arp cpt2 update😊


EmoticonEmoticon