Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap Untuk Hidangan Petang

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Sebelum masuk bab resepi Mini Crustless Brocoli Quiche, kita sembang sembang dulu. Alhamdulillah anakanda kami Hafez telah selamat melangsungkan pertunangan. Boleh klik di SINI. Seharian keesokannya saya seperti tidak tahu apa yang saya fikirkan. Lega, gembira dan sedih. 

Sebelah malamnya ketika melihat lihat gambar majlis pertunangan yang dihantar Mira, saya tiba tiba menjadi sebak. Lebih lebih lagi selepas membaca komen seorang follower yang menulis dia terasa seolah Hafez baru sahaja menamatkan zaman persekolahan. Ya apa lagi saya. Terasa   sangat pantas masa berlalu meninggalkan saya yang masih diulit kenangan, masih leka seolah anak anak masih kecil. Bila tanpa disedari, mereka telah selangkah ke arah membina kehidupan sendiri. 

Tiba tiba sahaja airmata saya mengalir tanpa henti. Saya menangis sepuasnya. Betapa banyaknya yang masih belum saya lakukan untuk anak anak. Saya menangis sambil memeluk Aween yang kebetulan masuk ke bilik untuk menghantar ipad. Begitulah agaknya perasaan ibubapa bila anak anak meninggalkan mereka seorang demi seorang. Ketika itu, apa yang saya fikirkan adalah tiada ertinya wang ringgit berbanding kegembiraan anak anak. Cukuplah setakat ini, jom kita beralih bab masakan pula. 

Sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan petang. Resepi Quiche Tanpa Crust ini sangat mudah disediakan. Boleh gantikan brokoli dengan apa apa sayuran juga seperti mushroom, asparagus, bayam dsb.  

Jika anda suka quiche yang ada crust atau kulit pastri, boleh tengok entri saya sebelum ini dengan step by step lagi di SINI, SINI,  SINI dan SINI. Di SINI pula versi crustless yang saya sediakan sebelum ini. 

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Pendekata, Quiche adalah antara kuih kegemaran anak anak kami. Memasak perlukan kreativiti walaupun dimasak berulang ulang, kita boleh ubahsuai di sana sini. 

Sebagai penambahbaikan, kali ini saya masukkan sedikit Maggi Cukup Rasa sebagai melengkapkan rasa. Maknanya kita cuma perlu menambahbaik mana mana resepi atau masakan yang menjadi kesukaan keluarga kita supaya menjadi lebih sedap. 

Lagi pula, kita memasak untuk keluarga sendiri kan. Setiap kali  saya memasak, anak anak pasti ada bersama di dapur. Kadang kadang mereka menjadi food tester untuk saya.

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Di samping keenakan, saya juga berusaha menyediakan masakan dari bahan bahan segar serta berkhasiat. Sebaik mungkin, saya akan menyediakan pemakanan yang seimbang, maknanya ada kandungan pelbagai khasiat dan vitamin di dalamnya.  

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Jom layan resepi Quiche yang sangat mudah dan cepat disediakan. Kalau dibeli di restoran, haruslah bersedia untuk membayar sekurangnya RM10-12 seketul. Ianya tidak murah. Jadi kalau ingin berjimat tetapi dalam masa yang sama makan hidangan petang ala ala restoran mewah, jom kita sediakan sendiri. 

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Crustless Broccoli Bacon Quiche 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 biji telur
1 mangkuk brokoli - atau apa apa yang disukai 
1/2 biji bawang besar Holland 
1 mangkuk hirisan daging atau ayam - hiris kecil
1 cawan parutan keju Cheddar
⅔ cawan sour cream
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk rempah campuran - opsyenal
1 sudu besar minyak

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan kacau sehingga layu. Masukkan pula, daging dan akhir sekali masukkan brokoli. 

Kacau rata dalam 5 minit atau sehingga brokoli separuh masak atau naik minyak. Masukkan serbuk lada hitam serta rempah campuran. Kemudian, masukkan pula MAGGI Cukup Rasa dan angkat.

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap


Tuangkan ke dalam acuan pie atau acuan kecil kecil. Biarkan ianya sejuk seketika. 

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Sementara itu, pukul telur secara whisk dan masukkan sour cream. Kacau lagi. Akhir sekali, masukkan parutan keju. Tuang adunan telur ke atas sayuran yang telah disediakan dalam acuan pie tadi.

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap

Bakar di dalam oven selama 30 minit. Saya guna bekas kecil, jadi bakar dalam 10-15 minit, dah masak. Bakar sehingga sedikit keperangan di bahagian luar dan masak di bahagian dalam. Caranya ialah dengan mencucuk menggunakan lidi dan ianya tidak melekit di lidi. 

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap Untuk Hidangan Petang"

  1. sedih pulak saya baca entri kak azie.. entah bila pula masa saya.. 😓😓

    BalasPadam
  2. janganlah sedih kak azie... mcm tu la hidup..senang gila nak buat ni..nanti sy cuba

    BalasPadam
  3. Kak Azie, I suppose all mums go through that "heartbreak" but looking at it positively, you are gaining another daughter. The more the merrier! Love your mini crustless quiche. So much easier to do without the crust.

    BalasPadam
  4. Kak nak tanye acuan ni boleh simpan ke dlm peti ais?kirenya sya nk buat mkn tuk hari lain..

    BalasPadam
  5. Banyak resepi dari Azie Kitchen yg lina cuba buat memang menjadi, tidak pernah mengecewakan..
    Terima kasih sebab sudi berkongsi resepi, dan memberi tunjuk ajar,

    BalasPadam
  6. one recipe can yield how many pcs of mini quiches

    BalasPadam