29 Sep 2017

Quiche Snak Berkhasiat Untuk Bekalan Ke Sekolah



quiche.jpg


Anak anak sekarang suka makanan segera sebagai snak. Sekali sekala, boleh lah tetapi tidak bolehlah terlalu kerap. Mereka suka snack yang ala western seperti pizza, donut dengan pelbagai topping, hot dog dan pelbagai lagi. Mereka tidak suka kuih muih Melayu, apalagi kuih muih tradisional. Memang selera budak zaman sekarang agaknya. Kuih tradisional kegemaran mereka hanyalah karipap. 

Bila tahu kegemaran anak anak, saya akan menyediakan hidangan ala ala Barat juga sebagai hidangan petang atau sebagai snak. Menyediakan Quiche, adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana kita bebas untuk menggunakan apa sahaja bahan di dalamnya. Samada untuk menggunakan ayam, daging atau makanan laut. Tiada batas. Selain itu, boleh juga ditambah pelbagai sayuran segar seperti  green pepper, brokoli, karot, hirisan cendawan dan lain lain. Semuanya mengikut citarasa dan bahan yang tersedia di rumah masing masing.  

Quiche sangat sedap samada disediakan dengan crust atau tanpa crust. Ada masa saya akan sediakan crustless quiche. Memang sedap. Sekurang kita tahu dan pasti apa yang terkandung dalam hidangan untuk famili kita. 

Sebagai wanita berkerjaya, saya mementingkan kualiti masa. Jadi resepi harus yang ringkas dan menggunakan bahan bahan mudah yang tersedia di dapur kami. Di samping itu, ianya tanpa berkompromi dari segi rasa dan khasiatnya. Jom hari ini, saya kongsikan resepi Quiche yang sangat mudah dan sesuai dijadikan bekalan berkhasiat anak anak ke sekolah. 


quiche.jpg

Chicken and Mushroom Quiche

Bahan bahan: 
Ayam ham secukupnya - potong kecil 
1 sudu besar bawang besar Holland – potong dadu
4 sudu besar karot – yang dipotong dadu
4 biji cendawan butang - hiris nipis
4 biji telur - pukul ringan  
200 ml susu dugro 
1/4 sudu kecil garam  
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam  
1 cawan parutan keju parmesan
1-2 sudu besar minyak 
Puff Pastri secukupnya
Bekas pie aluminium secukupnya 

Cara cara: 
Panaskan oven pada suhu 170C. Masukkan puff pastri ke dalam bekas pie aluminium. 

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, karot dan cendawan. Kemudian masukkan ayam ham. Angkat dan ketepikan.  

Sudukan sayuran quiche ke dalam puff pastri sehingga habis. 

Di dalam bekas lain, satukan susu, telur, garam dan serbuk lada hitam. Kemudian, tuang adunan telur sehingga menutupi bahagian sayuran quiche tadi.  

Akhir sekali tabur, 1 cawan parutan keju parmesan atau mengikut jumlah yang disukai. 

Bakar selama 25 minit atau sehingga ianya tidak lagi melekat pada pisau yang dicucuk di tengah tengah. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 5-10 minit dan sedia untuk dihidangkan.  

Nota: 
Jika suka, boleh sediakan crustless quiche dengan tak perlu dilapik dengan puff pastri.

Resepi menghasilkan 4 biji quiche mengikut saiz acuan yang digunakan. 



Akhir sekali jangan lupa untuk menyertai Peraduan Resipi Nutrisi Mama yang diadakan oleh DumexDugro®. Caranya sangat mudah. Hanya perlu kongsikan gambar hidangan berkhasiat yang anda sediakan untuk anak anak. Banyak hadiah hadiah menarik sedang menanti anda. Untuk maklumat lanjut layari https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest





3 ulasan

nampak menarik ni kak Azie. nak try lah nnt buat utk anak-anak ;)

Memang menarik, bukan sahaja anak anak kita yang dewasa ni pun suka sangat sangat. Makan berkeping keping dengan laju jer

Salam Kak Azie, simple nya nak buat quiche ni. Saya memang suka makan quiche tapi tak pernah buat. InsyaAllah boleh la try dan bagi si kecil makan. Suka sangat Kak Azie dah ada video memasak. Memudahkan pembaca untuk memasak & video nampak sangat profesional. Tahniah dan keep up the good work. Saya memang selalu cari resepi di website Kak Azie sebab semua resepi yang saya dah cuba alhamdulillah menjadi dan sangat sedap. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan pembaca.

Adila


EmoticonEmoticon