Kek Pandan Lembap Yang Sedap







Saya sangat suka dengan kuliah Ustazah Dr Aishah Jamian. Kupasannya sangat tinggi dan pemilihan bahasa yang digunakan sangat hebat. Saya memang kagum dengan ustazah. Jom kita tengok antara kupasan yang diberi oleh Ustazah Dr Aishah. 

Perhatikan bahasa yang digunakan. Ustazah memulakan dengan apa yang dikatakan takwa. Nilai nilai takwa yang disebut dalam Al Quran ialah bila kita teliti dalam menggunakan fasiliti yang dipinjamkan. Haa fasiliti tu apa? Umur, masa, anggota badan dsb. Bagaimana kita melakukan sesuatu jika tanpa ilmu. Contoh dalam bab menyempurnakan hajat manusia seperti hadir majlis kawin. 

Kita akan berfikir kena hadir sebab nanti barulah orang akan hadir majlis kita. Itu namanya adat persaudaraan. Tapi kenapa yang Allah janji kita tak endah. Yang manusia janji jer kita ambil endah. Kalau niat hadir majlis kawin untuk berbalas balas, itu tandanya kita hadir kerana adat bukan kerana syariat, bukan kerana adat perhambaan. Kenapa kita sangat menjaga jemputan manusia. Sedangkan jemputan Allah untuk kita menunaikan solat yang mungkin solat terakhir, tidak kita jaga. 

Iman tak dapat diwarisi. Kalau perniagaan boleh diwarisi. Untuk menyediakan iman pada anak anak, kena buat persediaan akidah dari kecil. Cuba lihat bagaimana kita buat persediaan melengkapkan keperluan untuk menunaikan ibadah Haji, rukun Islam yang kelima. Seperti pastikan saving mencukupi, hadir kursus Haji, beli barang keperluan Haji dsb. Hadir majlis ilmu bukan kata nak pergi tapi kata perlu pergi. Jangan kata masa nak solat tapi masa saya perlu solat. Yang mana kita akan terus buat? 

Sementara kita masih hidup, tengah ada harta, jangan lupa infakkan. Tengah ada masa, jangan lengah untuk membuat ibadah. Kalau ke pasar, kita akan cukupkan keperluan atau senarai yang ingin dibeli contoh hari itu, kita ingin memasak laksa, jadi kita akan beli ikan secukupnya walhal boleh lagi datang beli ikan. Kita tak beli ikan 4 ekor jika resepi ditulis perlu ikan 2 kilo. Begitu sekali kita perhatikan keperluan dan cuba mengikut resepi. 

Jadi kenapa keperluan dengan Allah, kita tak cukupkan seperti mana kita beli keperluan secukupnya untuk memasak atau untuk menunaikan ibadah Haji. Kita ambil tahu bila sampai informasi dari manusia. Contoh viral tentang bagaimana buah letup letup boleh jadi ubat. Kita siap siap lagi google dan bertanya di sana sini. Bila sampai informasi dari Allah, kita tak pula nak ambik tahu dengan detail dan bertanya sana sini. Itulah kita. Itulah yang kita perlu perbaiki.








Resepi Kek Pandan Lembap oleh Chef Norzailina Nordin (100 resepi kek,biskut,manisan & kudapan) yang saya ambil dari blog Rahel di SINI. Kek kena disejukkan dahulu barulah cantik ketika dipotong. 

Tapi saya terpaksa potong sebaik sahaja dikeluarkan dari oven kerana hari telah malam. Itu yang kelihatan kek saya sedikit berderai dalam gambar di bawah. Ianya sangat lembap dan gebu. Sangat sangat saya sukai dengan rasa pandan yang berlemak. 

Jom layan video dalam Instagram Azie Kitchen dan youtube Azie Kitchen channel di SINI untuk video berdurasi lebih panjang. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen, boleh klik link di SINI.




Kek Pandan Lembap

Bahan-bahan:
250 gram mentega
220 gram gula kastor
3 biji telur gred A
260 gram tepung naik sendiri - ayak dg 1 sudu kecil soda bikarbanat
160 ml santan pekat
60 ml jus pandan - kisar 5 helai daun pandan
Sedikit pes pandan - saya tambah
Sedikit pewarna hijau

Cara cara:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

Campurkan dengan tepung yang diayak. Tuangkan separuh santan dan jus pandan. Masukkan baki tepung. 

Apabila sebati, masukkan pewarna hijau. Ratakan adunan ke dalam loyang 20 cm/8 inci yang dialas kertas kalis minyak dan digris.

Bakar pada suhu 170 C selama 50-60 minit atau sehingga masak.







Kek Pandan Lembap Yang Sedap Kek Pandan Lembap Yang Sedap Reviewed by Azie on September 12, 2017 Rating: 5

2 comments

  1. As/kum Azie, hmm saya nak try jugak buat kek ni nanti. Kek buah versi bakar Azie tu saya dah try buat. Ok sedap!

    ReplyDelete
  2. Sedapnye...saya dah lama cari resepi nak buat kek pandan yang mudah tak guna terlalu banyak telur. Thanks for sharing the recipe.

    ReplyDelete