9 Jun 2017

Sayur Goreng Campur Untuk Hidangan Berbuka Puasa



Sayur Goreng Campur


Insya Allah entri ini adalah entri terakhir dari saya di bulan Ramadhan ini. Jika diizin Allah saya akan berangkat untuk menunaikan ibadah umrah pada hari Sabtu. Jadi di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf andai ada tulisan saya selama ini yang menyinggung sesiapa atau ada kekasaran bahasa dalam penulisan. Maklum lah saya menulis secara spontan dengan tidak ada masa untuk edit. 



Sayur Goreng Campur

Saya juga berharap agar anda dapat meluangkan masa membaca perkongsian ilmu dari majlis ilmu yang saya hadiri. Ianya berdasarkan apa yang disalin dan bukan tafsiran saya sendiri. Ambik yang baik sebagai manafaat yang kurang adalah dari saya sendiri. Juga doakan agar saya dipermudahkan sepanjang mengerjakan ibadah di Tanah Suci. Semoga saya diberi kelapangan untuk bersolat di dalam masjid Nabawi dan Masjidi Haram, diberikan kekuatan fizikal dan minda, juga diberikan kesihatan yang baik. Aameen. Doa yang sama juga untuk sahabat sahabat dan para mukminin dan mukminat yang sedang mengerjakan ibadah umrah. Aameen. Maklumlah pada akhir Ramadhan, manusia dari pelbagai pelusuk dunia terlalu ramai yang mengunjungi Mekah. Jutaan manusia dengan satu tujuan, untuk mencari keampunan pada dosa dan mendapat syurga Allah....



Sayur Goreng Campur


Selain Ayam Masak Lemak di SINI dan Udang Sambal Tumis di SINI, saya juga menyediakan Sayur Goreng Campur. Hidangan sayur adalah hidangan wajib dalam menu di rumah ini. Rasa tak lengkap tanpa hidangan sayur. Aween dengan Juita memang suka makan sayur. Lagi pulak lauk sayuran jika dibeli di Bazar Ramadhan, dah lah tak sedap dan harganya mahal pula. Jadi hidangan yang disediakan tak sampai 10 minit, elok disediakan sendiri di rumah. Bolehlah dicampurkan pelbagai sayuran yang ada dalam peti di rumah kita.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Resepi campak campak sahaja. Tiada yang istimewa pun...



Sayur Goreng Campur

Sayur sayuran Goreng Campur

Bahan bahan:
5-6 ekor udang
6-8 batang kacang panjang
Sedikit kubis
1/2 batang karot
2-3 batang jagung
1 batang cili merah
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga wangi. Masukkan udang dan kacau rata. 

Kemudian masukkan sayuran mulai dari yang agak keras hingga yang lembut iaitu karot, jagung, kubis dan akhir sekali kacang panjang. 

Tuangkan sedikit sos tiram dan serbuk perasa. Akhir sekali, tabur cili merah hiris dan sedia untuk tutup api supaya sayur tidak terlalu lembut. Sedia untuk dihidangkan. 




20 ulasan

Semoga segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan dan saya mendoakan agar Pn Azie selamat mengerjakan ibadah Umrah.. in sya Allah. Tiap-tiap hari saya pasti membaca tulisan Pn Azie yang sedikit sebanyak telah banyak menyedarkan saya ..trima kasih kerana ianya amat memberi kesan kepada diri saya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...semoga saya akan dapat membaca lagi sekembalinya Puan Azie daripada mengerjakan ibadah umrah.

Terharu saya membacanya. Luv you so much. Ramadhan Kareem

moga dipermudahkan oleh Allah SWT segala urusan puan

Alhamdulilah..semoga dipermudahkan urusan k azie di sana..ameen

Assalamualaikum...saya silent reader yg setiap hari menanti entri terbaru puan.semoga ilmu yang dikongsi mendapat ganjaran sebaiknya.saya doakan dipermudahkan urusan disana.puan tolong doakan saya juga dapat kesana serta sampaikn salm saya pada rasulullah..Mariam

Assalam Puan. Saya pembaca senyap dah bertahun2. Puan dan blog puan sumber rujukan asas utk saya mencari idea, mencuba dan panduan dalam memasak. Banyak resepi yg saya cuba2 dipetik dari Puan antaranya best nasi ayam hainan ala nasi ayam arwah kak laily.

Saya doakan puan sentiasa kekal menulis walaupun zaman FB sekarang kita dapati penulisan melalui medium blog sudah agak kurang popular.

Kalo puan azie beralih ke FB pun menarik juga. Apa2pun terima kasiih puan.

semoga k azie diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan urusan umrah...ya baari'

Semoga diberikan kesihatan yg baik dn dipermudahkan segala urusan .terima kasih ats segala perkongsian ilmu dunia n akhirat selama ini. saya menanti kepulangan pn azie di blog azie kitchen

Semoga diberikan kesihatan yg baik serta dipermudahkan segala urusan . terima kasih ats segala perkongsian ilmu dunia dan akhirat selama ini....

salam saya kenkadang amik bahagian ugama dan fwd pada kawan. PASAL makan terliur sendiri. semoga mendapat umrah yang mabrur.

doa kan dunia ini aman. kurang kesesatan pada yg tersesat dan tukang ajar juga tidak menyesatkan.

jangan biarkan rumah bergelap. pasang timer ye..

Semoga Dipermudakan Segala Urusan..Amin

Alhamdulillah.... semoga Allah permudahkan segala urusan pn azie di sana dan semoga dpt kembali bersiaran di sini.

Semoga mendapat umrah yang mabrur.

Hi Kak Azie! I dropped by to wish you and your family Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya, Kak Azie. Maaf, zahir and batin.

Selamat hari raya kak azie dan keluarga. Sy peminat blog kak azie bertahun2 lamanya. Terima kasih atas semua perkongsian ilmu akak...semoga Allah merahmati dan memberkati Akak sekeluarga...aaaminn

شركة الحمد للتنظيف من افضل الشركات في السعوديه نقدم لك افضل الادوات
شركة تنظيف خزانات بجازاننقدم
نقدم لكم شركة الخدمات المتكامله للتنظيف في جازان
شركة عزل خزانات بجازان


EmoticonEmoticon