Puding Karamel Azie Kitchen






Puding Karamel adalah antara puding pencuci mulut kegemaran saya. Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya, Puan Asmawati. Kali ini saya telah membuat sedikit modikasi berdasarkan 2 resepi yang telah saya gunakan di SINI dan di SINI. Percubaan saya berhasil kerana pada saya puding ini sangat sedap dan sesuai pada saya. Saya menggunakan resepi pertama, tetapi saya menggantikan penggunaan gula pasir dengan susu pekat manis yang memberikan rasa karamel lebih berlemak.



Saya menyediakan hidangan ini sebagai pencuci mulut hidangan petang untuk sahabat yang berkunjung ke rumah kami pada hari minggu yang lalu iaitu Alias dan Shahrol bersama isteri masing masing. Saya sebenarnya dah lama tak membuat kuih muih kerana banyak kuih yang saya tak dapat makan kerana allergik dengan tepung gandum. Jadi hari ini, saya memilih kuih yang tidak menggunakan tepung gandum supaya saya juga boleh menikmatinya bersama sama tetamu.


Memang sangat cepat menyediakan puding ini. Kalau di bulan Ramadhan, saya sempat menyediakannya selepas balik dari pejabat untuk dimakan selepas berbuka puasa. Haaa sangat cepat kan? Apakata anda mencuba resepi puding yang sangat ringkas ini untuk hidangan keluarga. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.....



Puding Karamel Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. 

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 

Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.




Nota:
Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.


Puding Karamel Azie Kitchen Puding Karamel Azie Kitchen Reviewed by Azie on December 26, 2013 Rating: 5

27 comments

  1. Salam Puan,saya silent reader blog puan..saya nk berkongsi tentang puding caramel puan..saya nampak puding puan agak menggerutu Dan teksturnya kasar..seeloknya,telur jangan dipukul,sebaliknya hanya di kacau bersama2 bahan2 lain dengan perlahan sehingga rata..kemudian tapiskan ke dalam acuan Dan pastikan tiada buih2 terhasil,buih itu penyebab lubang2 terjadi..insyaallah puan Akan dapat puding yang halus Dan licin teksturnya..-Latifah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pn Latifah. Kalau mengguna resepi 2, mmg saya akan spt yg puan saran. Tapi saya mmg sengaja berbuat begini kr saya lebih suka puding karamel berlubang. Nmpk sedap dan menyelerakan

      Delete
    2. sy memang suka puding yg blubang dari licin pmukaan..
      alhamdulillah bjaya jugak dpt resipi ni..

      terima kasih byk2.-kaisya

      Delete
    3. Saya juga suka yg berlubang2 pudingnya..

      Delete
  2. recepi Kak Azie sama dgn saya gunakan tapi sy tak bubuh susu cair ,lainkali nak cuba

    ReplyDelete
  3. Dah cuba semalam. Saya cuba resepi II. Jadi cantik tapi tersangat manis. Bila saya tuang campuran susu ianya bercampur dengan gula karamel. Pagi ni buang dan buat lain. Buat setengah adunan. Letak 100 gm susu manis aje. Gula karamel buat macam Azie buat, tak letak air. Cair dan gelap warna terus tuang dalam bekas kecil sebelum keras. Saya guna steamer letrik. Kali ni menjadi macam Azie, berlubang. Lapisan atas cantik sikit dari sekaya. Terima kasih Azie sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  4. esok sy nk cube buat..Thanks atas resepi dan komen semua...

    ReplyDelete
  5. Salam kak azie. Lame tak jengah blog ni akibat kekangan masa bekerja. Hmmm.... caramel ni mmg mabeles dan bahannya senang utk disediakan. Tq kak sebab berkongsi ilmu. Teringin nak ade blog mcm kak azie sbb saye pun suka memasak. Tapi nanti takut tak ade byk cerita boleh dikongsikan sbb jarang g berjalan. Huhuhu... apepun semoga kak azie suksess sokmo. :)

    ReplyDelete
  6. akak, masa nak goreng gula hangus, nk kena letak air x? hehe.. kalau kena nk letak brapa bnyk? -mira-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi ni tak letak. Resepi yang satu lagi, masuk air.

      Delete
  7. Menggoda sungguh puding ni. Yummy!!!

    ReplyDelete
  8. Mira dah cuba resepi yg akak bagi ni. Memang sedap sangat !! Terima kasih akak sebab kongsi resepi ni :D

    ReplyDelete
  9. memang kena cuba untuk hidangan petang skeluarga
    jom blokwalking peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. whoaa...dah lama nak try buat ni...akhirnya jumpa jgk resepi yg senang paham...lg cun lah...

    ReplyDelete
  11. Tadi tye En.Google.. Terus beliau bagi link blog ni. 1st time masuk ni. Thanks for this. Gonna try it out soon... 😘😘

    As Salam Ukhwah,
    #vkenhuchena
    www..facebook.com/vkenhuchena

    ReplyDelete
  12. Sy cube buat pakai resipi ni tp lembik sgt..ke xperlu letak air sbb susu cair dh ade

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih 25 tahun saya guna resepi ni. Tak pernah lagi tak menjadi.

      Delete
  13. Bahan dah beli tadi. Esok nak buat guna resepi akak la. Tq kak share resepi..

    ReplyDelete
  14. Kalo x kukus terus masuk dlm peti ais boleh ke..dulu prnh buat tp yg xde telur

    ReplyDelete
  15. sedapnya..blh cuba utk juadah berbuka kejab lg..

    ReplyDelete
  16. Assalam puan. Kenapa saya kukus almost 20minit tapi masih lagi berbentuk cecair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kah puan ada masalah dg periuk pengukus. Takut air jatuh banyak sangat. Masak ni sgt cepat. Sekejap dah siap dan boleh masuk dlm peti ais.

      Delete
    2. As salam. Puan. Tin tu pakai tin yg kecik atau yg tinggi

      Delete
  17. tq k.azie.. ni antara fav ayah saya.. di wat masa ramadhan lepas..
    alhamdulillah.. sempat dia makan 2 x buat.. bfr dia kembali kpd Pencipta..

    Sedekahkah al-fatihah utk arwah ayh saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya

      Delete