22 Oct 2013

Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap


Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Hari ini saya memasak Ikan Masak 3 Rasa lagi tapi kali ini versi goreng pulak. Sebelum tu, saya nak menulis sedikit coretan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kawan kawan yang mahu mengambilnya sebagai peringatan. Bukan benda baru tapi kita mudah lupa dan kena selalu diingatkan lagi dan lagi. Bak kata Ustazah Suraya di dalam kuliah Jumaat, tak usahlah memohon dan merayu meminta pertolongan manusia, tak kiralah sesiapa sahaja. Sebaliknya minta terus dengan Allah. Begitu juga dalam bab rezeki, saya masih ingat pesanan Ustaz Ibrahim Muhammad, "jangan risaulah pasal rezeki kerana tidak ada sesiapa pun boleh mengambil hak kita”. 

Kenapa saya berkata begitu adalah kerana pada hujung tahun begini, pasti banyak organisasi yang sedang di dalam proses membuat penilaian prestasi kerja staf. Di kala ini, pelbagai ragam boleh dilihat. Ya lah manusia kan tidak ada yang sempurna. Mereka yang pandai berkata kata akan berkata kata seolah dialah yang terbaik. Dek mengejar kesenangan sementara semasa di dunia yang dipanggil sebagai istidraj, manusia sanggup berbuat apa sahaja. 


Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Di kala ini juga, tugas sebagai ketua juga adalah sukar kerana segala keputusan dan tindak tanduk akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Apa lagi kalau ianya melibatkan penganiayaan kepada orang lain. Hahaha janganlah pulak ada yang tersinggung dengan apa yang saya tulis. Ini hanyalah peringatan untuk saya sendiri dan untuk semua juga supaya jangan fikirkan yang mati atau akan mati hari ini atau esok, bukan aku tapi orang lain. Kadang kadang kita terlupa yang apa yang kita lihat, juga pasti akan kita alami, Cuma masa sahaja yang menjadi rahsia Allah.

Sekarang kita berbalik pada resepi Ikan Siakap Goreng Masak 3 Rasa yang saya masak pada hari Sabtu yang lalu kerana semua anak anak ada di rumah. Nana akan bekerja sebelah malamnya. Kalau nak tengok gambar penyediaannya, boleh klik di SINI. Jom kita tengok resepi yang sangat sedap ini




Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Ikan Masak 3 Rasa Versi Goreng

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng) 
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

 Bahan-Bahan Sos:
 2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Cara:
Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. 

Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng. 

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.


38 ulasan

Olalalaaa...memang sungguh menyelerakan...kena tambah nasi la ni..

I da try. Mmg sedap! Suami puji tak agak2....dia kata bunga kantan dan daun limau kasi umph...tks kak Azie for the recipe...

I da try. Mmg sedap! Suami puji tak agak2....dia kata bunga kantan dan daun limau kasi umph...tks kak Azie for the recipe...

I da try. Mmg sedap! Suami puji tak agak2....dia kata bunga kantan dan daun limau kasi umph...tks kak Azie for the recipe...

alamak bunga kantan xde..buat yg mn ade je la... harap rasa tetap rasa ummpphhh

salam ka..huhu tterima kasih memang carik sangta resepi ni kak...cume saye nak tanye, kene gune dua sos plum dgn sos ikan ke..atau guna salah satu saje?

Resepi guna sos plum tapi saya guna sos ikan sb tak ada sos plum di rumah

Sy bru nk cuba buat, tp umh sy xda sos ikn or sos plum sbb xpnh pkai. Hope xmengecewakan sy rse nnt. Xsabar nk.buat.

ooh ye ke, okay...thanks.....best best :)

Blh try ni nmpak mnyelerakn.. Hehe thanks sis

Sekali pandang, sy terus mencuba resipi ni.... mmg ummph... bunga kantan dan daun limau purut mmg menguatkan rasa dan membangkitkn selera. Tkasih azie sbb brkongsi resipi yg sedap2...

Saya dah try. sedap. mak n abah pon suka. terima kasih.

Assalamuallaikum..mintak izin copy...rase nak buat pulak....

aduuuh,
tampilannya cantik dan menarik :-)
terimakasih telah menyediakan resep Ikan Siakap Goreng 3 Rasa . boleh dicoba

Salam,kak azie,sy da cuba msk kerapu 3 rasa ikut resepi akk..sy goreng ..mmg sdp la!tq ye..mskkn akk semua sdp2,da byk resepi akk sy cuba.semoga murah rezeki akk

Tq utk idea yg menyelerakan. kompem ramai suka nanti. lepas berbuka puasa pekena siakap 3 rasa bersama minuman kecergasan badan memang pergh sedap & serasi..

sedapnye kak azie..tq utk blog yg sgt penuh dgn ilmu dan resepi menarik

Sedap sgt resepi ni.. Saya dh masak byk kali. Thanks ye

Mlm ni nak try resipi ni. Tq tuan tanah. Lawati http://hargasetkesuburan.net utk tips kesihatan keluarga

Br je cuba ikut resepi akak ni...ermmm..mabeles..hihi...tq kak

Sy dah cube resepi ni. Sangat sedap. Terima kasih kak azie sbb kongsi resepi ni ;)

Twrima kasih skrg sy da pandai masam ikan

nasib baik ade kak aziekalau tak,tak makan la malam tu

lazat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. kalah master chef

Kak azie, sy pun dh cuba..wlaupoun x de bunga kantan, rase die ttap sedap....mohon halalkan resepi akak ni ye .

Assalamualaikum baru siap masak cuba resepi akak, walaupun sos plum/ikan takda bunga kantan pun takda, rasa dia tetap sedap, halalkan ye terima kasih :)

Terbaik...saya dah cuba kali..memang marvelous. ..thank u kak..

Tk sabar nk masak untuk maulana sy kt south africa nii, hehehe, diorang nk cuba makan makanan malaysia, thanks Sis

Saya buat yg versi kukus...sedap sgt kak...ingat nak try buat ikan bakar portugis akak plak...nyam2

Tumpang tanya kalau nak beli sos ikan jenama apa ya...selalu baca resepi ada letak sos ikan..tp saya tak pnh beli...tq

Saya beli sos ikan di Giant tapi lupa pula apa namanya. Kemudian ianya disimpan dalam peti ais


EmoticonEmoticon