Nur Qaseh Homemade Beef Burger


 



Tiba tiba jer teringin nak membuat homemade burger semuanya gara gara terpandang gambar burger yang ditayangkan di blog Bila Chah Ke Dapur. Saya pun bertanya dengan Pak Cik Google camner caranya nak menyediakan homemade burger yang sedap dan dalam masa yang sama berkhasiat lah. Al maklumlah sejak dua menjak ni, berat badan dah tak mahu menurun tapi dok naik jer memanjang. Hari hari berjanji yang hari ni hari terakhir makan nasi. Bila hubby ingatkan janji saya, pandailah saya mencari helah. Alaaa makan nasi pagi pagi tak apa, asal bukan malam. Ceewaaah bila yang nak menjadinya diet kalau 1001 alasan diberi. Huhuhu






Tapi kalau dah diletak sos dan cheese bagai, mananya nak datang khasiat, tambah berat lagi ada. Sampai rosak threadmill, tak juga mula ber exercise kekonon threadmill tak bagus untuk age macam saya ni. Apa apa pun, saya pasti akan berdiet satu hari nanti. 





Burger yang sedap dan juicy ini saya namakan Nur Qaseh Homemade Beef Burger sebabnya saya main campak jer ikut apa yang ada dalam peti ais dan kitchen store di rumah kami. Sukatan pun main agak agak juga. Boleh lah gitukan? Lagipun tak apa lah, asalkan saya gembira... ada aku kisah? Cik Zah tak kisah nyeer...  Sedap burger ini, jauh lebih sedap dari burger di Mc D tu. Burger yang sedap mestilah juicy, thick but soft... hmmm yummy yummy.... yeaah





Nur Qaseh Homemade Beef Burger
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging kisar
5 sb serbuk roti
1 bawang besar - cincang

2 ulas bawang putih - cincang
1 cili merah - cincang
2 sk sos (worcestershire, fish sos, soy sos, tomato ketchup)
1 sk garam

1/2 sk black pepper
Fresh parsley (atau basil/daun ketumbar)
1 telur - pukul sedikit
1 sb BBQ sauce (opsyenal)

Bahan lain:
Roti wholemeal
Buah Tomato
Daun Salad
Kepingan cheese

Sos:
Sos cili

French's mustard
Mayonis


Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata dengan tangan. Jangan terlebih gaul. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan bulat dan leper menjadi burger yang tebal.



Panaskan pan dengan sedikit olive oil dan masak dalam 5 minit bagi setiap permukaan dengan selalu dibalik balikkan supaya masak rata terutama jika dibentuk tebal.






Lumurkan BBQ sauce di atas burger tadi, jika suka. Kemudian letakkan daging burger dan tuang sos. Lapis kepingan cheese, diikuti sayuran seperti tomato, bawang besar dan salad. Tutup dengan roti atas dan sedia untuk dinikmati.




Hmm... sedap dimakan panas panas dan kepingan cheese juga akan mencair dengan sendiri...
 


  
Sekiranya terdapat lebihan, boleh disimpan di dalam freezer samada secara mentah atau setelah dimasak. Simpan di dalam bekas kedap udara dan dilapisi dengan cling wrap sebelum dimasukkan ke dalam freezer.  



  


Nota:
Boleh juga di saute bawang besar dan bawang putih dengan sedikit olive oil dan disejukkan.




Nur Qaseh Homemade Beef Burger Nur Qaseh Homemade Beef Burger Reviewed by Azie on June 07, 2012 Rating: 5

10 comments

  1. akak! kecur liur cikwan..skali pandang ingatkan burger mc D.. cayalah kak ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. CW, menu malam ni menu pengubat duka sebab malam tadi, satu dulang jelly derma kat Cik Pah

      Delete
    2. erm..samela kak zie...semalam cw pun kecewa sebab red velvet hangus... dah la baru 1st time buat... ;(

      Delete
    3. Ohh kena sabar berbanyakkan? Macam I hari ni pun tersalah baca resepi juga. Bila dah gitu, kejadian pun dah tk elok dan sempurna. Aduish ada ada jer ya, tambahan lagi bila badan dah penat

      Delete
  2. Salam Pn Azie, melihatnye pun sudah cukup membuat saya teruja sangat!!..ini mesti kesedapan sehingga menjilat jari ni...wpun saya x makan daging sejak 8 tahun yg lalu gambar ini betul betul mengoncang keimanan saya...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima, bila buat homemade burger ni teringat Torress burger dalam cerita Camp Rock lakonan Demy Lovato. Homemade burger yang kita makan kat restoran selalunya dibuat besar dan daging tak padat macam burger di MekDi. Jadi sedap sangat

      Delete
  3. Betul tu Pn Azie....:D ..klu kita tukar beef jadi chicken bole kan...adakah caranye masih sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima, boleh jer tapi jangan guna daging ramly tu tapi beli daging ayam kisar di dalam pek yang banyak dijual di supermarket tu. yang biasa kita buat spaghetti tu. Ayam pun sedap tapi kalau burger, saya lebih suka daging

      Delete
  4. Pn Azie, TQVM for d guidance...appreciate it with million of thanks...:D

    ReplyDelete