15 Apr 2012

Nasi Goreng Kampung Untuk Sarapan


Nasi Goreng Kampung

Pagi ini saya memasak nasi goreng dengan dibantu Mimi dan Noriz, anak saudara yang juga punya minat memasak. Nasi goreng hari ini memang sempoi jer kerana itu jer bahan bahan yang tersedia dalam peti ais. 

Nasi Goreng Kampung

Resepi nasi goreng ni semua orang pun tahu sebab resepi pejam mata pun boleh buat nyer. Tapi tak lengkap kalau tak diletakkan resepi kan? Untuk rujukan anak anak yang baru belajar memasak lah. Yang dah pandai tu, tak payah lah tengok.

Jom layan gambar gambar yang diambil oleh Noriz...


Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi secukupnya
3 ketul dada ayam - potong kecil
6 bawang merah
4 bawang putih
3 sudu besar cili kisar
3 biji telur
Garam
Karot - potong dadu
Kacang panjang - potong kecil
Cili merah - hiris
Bawang goreng

Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili menjadi garing. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam.

Setelah ayam masak, masukkan karot dan kemudian kacang panjang. Kacau sehingga layu.

Ketepikan dan tuang telur ke dalam kuali, kacau rata dan cepat cepat masukkan nasi supaya ianya bersalut dengan telur.

Masukkan garam dan serbuk perasa, jika suka.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan cili merah dan bawang goreng.

Selamat bersarapan...

Nasi Goreng Kampung


5 ulasan

waduh makan panas2 tak cukkup sepinggan ni Zie tambah2 kalau ada cili padi fulamak ckp pun tarak guna hehee

Assalamualaikum Azie,
Salam kenal dari Kak Amie, follow sini ye.

Noor, tadi kami makan dengan daging masak kicap, lagi sedap. Raya nanti boleh buat lagi daging masak kicap. Membuatnya mudah, tak perlu buat rendang

Wslm Amie. Terima kasih kerana sudi follow my blog.

Saya dah add blog Amie dalam my blog list. Nnt Amie add my blog ya


EmoticonEmoticon