30 Dec 2011

Kek Semolina @ Suji Ombak Rindu

Kek Semolina Azie Kitchen

Tiba tiba jer teringin nak makan kek kerana dah lama tak membuatnya. Tapi saya pulak tak berapa sihat, jadi terpaksa lah mengajak Juita untuk membuat kek. 

Hajat hati nak membuat kek marble trio kerana baru jer beli stainless steel mixing bowl dari US. Jadi senang lah, tak payah nak pindahkan adunan, basuh bowl dan lap kering sebelum digunakan untuk bancuhan telur pula.  

Saya tengok resepi kek Suji dari blog Mat Gebu. Membaca rencana yang ditulis, dapat dirasakan keenakan kek ini dan tambah teruja untuk membuatnya. Bau kek ini amat semerbak sampai ke tingkat atas rumah kami tercium bau keenakan dan rasanya juga berlainan dari kek biasa kerana tepung suji memberi rasa berbiji biji. 

Kek Semolina Azie Kitchen

Kawan fb mencadangkan supaya saya menamakan kek yang saya buat sebagai Ombak Rindu sempena filem yang memang menyentuh hati saya. Oleh kerana kek suji bukan dibuat selalu selalu, jadi elok juga kek ini saya namakan Kek Semolina @ Suji Ombak Rindu seperti filem Ombak Rindu yang bukan biasa hebatnya. Filem ini juga menyebabkan saya mula meminati Aaron Aziz. hahaha jangan marah ya tuanpunya resepi...

Jom layan gambar gambar dan resepi nya...


Kek Semolina Azie Kitchen

Kek Semolina @ Suji
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gm mentega
170 gm gula halus
2 sudu besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 sudu kecil esen vanilla
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
100 gm semolina @ suji
Secubit garam

Cara cara:
Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata.

Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.

Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu

Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

zntara bahan digunakan


Kocokkan susu, telur dan esen vanila

pukul butter dan gula kaster

 
masukkan ke dalam acuan yang disukai dan bakar

sedang disejukkan

enjoy

3 ulasan

i tried this recipe and turn out to be very perfect, thanks alot for sharing.
carrot cake recipe pls ? :)

Hi thank you for the feedback. You can search carrot cake azie kitchen. Sure u will find one that u would like to give a try

do you have recepi for kek lumut WITHOUT egg?


EmoticonEmoticon