31 Oct 2011

Apam Gula Hangus


Apam Gula Hangus



Walaupun sampai rumah hari ini hampir pukul 8 malam, saya terus masuk ke dapur sebaik solat maghrib dengan tak sempat menyalin baju kerja. Semangat tengah berkobar ni untuk memasak apam terutama apam gula hangus yang saya jumpa resepinya semasa waktu makan tengahari tadi.  Seperti biasa, saya jarang sekali keluar lunch.



Apam Gula Hangus

Apa yang saya nak katakan berkenaan apam ini adalah sedap dan gebu sekali.  Sangat sangat gebu, dua tiga ketul masuk mulut pun tak terasa. Hubby pun mencukai beberapa biji semasa saya sedang menyediakan teh O.  Saya seronok kalau hubby dan anak anak suka makan masakan atau kuih yang saya masak.  

Cuba lah kalau nak tahu bagaimana enaknya dan gebunya apam ini. Ya amfuuun, sedap bangat.  Cuma bentuknya tu jer kena improve kerana mungkin terlebih masukkan adunan, bila mengembang dah terkeluar dari acuan. Jom, layan resepinya ...



Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.


Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus


Apam Gula Hangus



16 ulasan

salam

thanks bg resepi yg mudah dan sedap, anak-anak pun suka

Terima kasih kerana telah mencuba. Sedap di makan dengan teh O

salam..nak tanya,yg air sejuk nak masukkan lepas siap gula hangus tu berapa banyak ya?

Dh try. ANAK suka..thanks for the resepi

Assalamua'laikum, azie. Nak tau berqapa byk air sejuk tu

Guna 1 cawan air panas dan lepas tu sejukkan lah.

Memang mudah Dan sedap..kena buat 2 @ 3 adunan next time baru puas anak-2 makan..

Sedap.. Kena bt 2 adunan br rsa ok ckit.. 1 adunan xcukup. Thanks for the recipe.

Terima kasih. Baru nak cuba resepi ni

sedap...kena dua adunan, kalau tak mmg tak cukup.

trima kasih share resepi..dh cuba..sedap..trima kasih puan

Salam..nk tnye..satu adunan tu blh dpt brpe biji ye?

As Salam puan... kalau pakai acuan kecil brapa banyak adunan nak di tuang dlm tu...

Wsalam..mintak maap ye..klu sy letak kurang suku dr acuan..sebab nti dh masak dia akn kembang keluar..

Terima kasih sangat share resepi ni. I cuba hari ni dan memang gebu dan sungguh sedap. Nak serta kan gambar tak de option pulak. Anna


EmoticonEmoticon