4 Sep 2011

Kuah Kacang dengan Daging



Kuah Kacang Daging Azie Kitchen


Kuah Kacang ini saya belajar dari Kak Kamariah, yang ketika itu bekerja di klinik tempat saya bekerja selepas merasa kuah kacang yang sangat sedap yang dibawa oleh Kak Kama dalam satu majlis pot luck di pejabat. 

Saya meminta Kak Kama memberikan resepi dengan sukatannya sekali bagi memastikan rasa nya hampir sama dengan kuah kacang yang disediakan oleh Kak Kama. Kata Kak Kama, kuah kacang mesti mempunyai rasa manis sedikit, barulah ada kick. Sejak itu, resepi inilah yang menjadi resepi Kuah Kacang keluarga saya sejak berpuluh tahun lalu.




Kuah Kacang Daging Azie Kitchen


Kuah kacang ini disediakan Nana untuk majlis meraikan kawan kawannya yang datang beraya di rumah. Saya memang sangat puashati dengan resepi ini dan Insya Allah ianya akan kekal sebagai resepi pilihan saya dalam menyediakan kuah kacang. 

Jom semak resepi di bawah ini....



Kuah Kacang Daging Azie Kitchen

Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen

Bahan bahan
1 ekor ayam/daging - ayam digril seketika/daging direbus
1/2 kg kacang tanah - goreng dan blend kasar
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam
3/4 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar

Cara cara:
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sederhana. Jangan kisar terlalu hancur. 

Tumis bahan kisar sehingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing. 

Masukkan ayam yang digril atau jika daging, direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan terus dimasak dengan api perlahan supaya kuah kacang tahan lama. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.

Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang. 

Nota:
Boleh masukkan dalam bekas berrtutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. 


25 ulasan

salam,
kalu kita gunakan daging/ayam hancur ramly brand tu leh ke? tq

Rasanya guna daging yang dipotng kecil lebih sedap dari guna daging hancur. Barulah rasa daging ala ala sate gitu.

OHH..nanpak sedap. Boleh lah buat kuah kacang ni pada Idul Adha nanti. Terima kasih puan kerana sudi berkongsi resepi.

Terima kasih puan..sy amek resepi ni tlg ma sy masak..haha

Terima kasih mak cik azie,sy amek resepi ni utk tlg ma sy raya aidul adha ni..
Faz smile^~^

Salam puan
hidangan yang puan berikan ni
anggaran untuk berapa cucuk satay?

Wslm. Maaf sb tak pasti pulak. Saya tak buat satay cucuk

Salam....resepi ni xguna santan ke

A ah..tak guna santan ke puan? Yg biasa tgok mak sy masak letak santan

Terima kasih kak azie.resipi yang ,udah dan sedap.marvellous!!!

nak try lah resipi ni utk pot luck raya kat ofis this Thursday... excited!

ha'a..mak saya biasa letak santan tp 3-4 jam kt atas dapur..kena masak lama katanya..nak try resepi ni pulak..Nampak lebih mudah :)

Masak lama supaya kuah tahan lama. Rasanya tidak memberi apa apa perbezaan dr segi keenakan dan rasa.

Masak kuah kacang ni mana ada letak santan ye kak Azie...yg letak santan adalah rendang. Thanks kongsi recipe yg Awesome ni ye kak!

Resepi ni pelbagai. Kalau guna resepi saya, itu lah bahan yg saya gunakan. Tak ada ditulis santan pun. Kalau nak letak santan, kena cari resepi yg guna santan.

Tq kak..saya da try.. anak2 suka.. simple dan sedap..

Minyak mazola tu minyak apa ye..minyak jagung ke..minyak canola? Ini minyak2 bawah brand mazola..sy keliru...nk masak raya ni

Kak Azie,, utk sukatan dalam resepi ni,, daging tu guna banyak mne ye...

Ikut suka. Boleh masuk 1 kg. Kalau suka lebih daging, blh masuk 1 1/2 kg

Alhamdulillah.day try.sedap kak Azie.second attempt cuba resepi,yg kak azie punya resepi ni yg kena dgn tekak saya...terima kasih atas pkongsian kak.

Assalam..kak azie. Kalau gula melaka xada, ada cadangan lain tak nak menggantikan gula melaka? Tempat saya tak ada jual gula melaka. Takut nanti pucat kuah kacang..huhu..

Wslm. Bubuh gula jer. Gula melaka utk tambah rasa lemak.

Saya mohon share ye resepinya kak azie..
Moga dimurahkan rezeki kak azie sekeluarga..
Aamiin²


EmoticonEmoticon