Masak Lemak Ala Makan Cafe Di Portobello Dan Bab Blog Hilang Akses
Saya terkejut sangat bila buka jer mesej pagi tadi, ada follower yang memberitahu blog saya tidak ada dan telah di remove. Saya terkedu seketika, dan mencari information di google support. Di situ baru lah tahu yang ramai blogger dari negara lain seluruh dunia juga mengalami nasib yang sama.
Sementara menunggu keputusan rayuan, saya telah membuat back up sebagai option. Sementara membuat back up, dapat email dalam pukul 10.00 malam memberitahu blog saya telah di re instate. Alhamdulillah syukur sangat sangat.
Saya pun membalas mesej mesej dari follower yang menulis dan bertanya kan status blog saya. Saya terharu sangat membaca mesej mesej. Bukan sahaja saya yang bersedih tapi ramai follower saya juga ikut bersedih.
Sejak saya mula menulis blog, inilah kejadian pertama yang seumpamanya yang berlaku. Sepanjang hari, saya cuba bertenang dan hanya berselawat sambil menyerahkan semuanya pada Allah. Tiada apa yang akan berlaku tanpa keizinan Allah. Dan setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Yang pasti, saya tahu masih ramai follower setia blog saya. Saya sayang anda semua, walau di mana anda berada.
Dah lama saya tidak update blog untuk entri masakan dek kesibukan dengan majlis perkahwinan anakanda saya, Nellisa dan Zul di SINI. Insya Allah, Zul akan melancarkan single bersama kumpulan The K4LAM di bawah Dato Haji Aznil Nawawi. Jangan lupa untuk mendengarnya selepas ianya dilancarkan tau.
Ok lauk hari ini ialah lauk kegemaran saya setiap kali ke Makan Cafe di Portobello. Saya seperti biasa akan menanya resipi dari ownernya. Maka hari ini saya kongsikan resipinya di sini. Kalau yang akan ke London, boleh lah ke Portobello dan order lauk ini. Makan lauk Melayu di negara bercuaca sejuk ni, memang sangat sedap. Tambah tambah yang dah lama di perantauan yang pastinya rindukan masakan Melayu.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Masak Lemak Ayam Ala Makan Cafe
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 kotak santan kotak
1 biji kelapa parut - perah santan
Asam keping
Garam secukupnya
10 helai daun limau purut - hiris
Sedikit cili kering - untuk warna, opsyenal
Bahan kisar:
1-2 genggam cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ibu jari halia
Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga hampir kering, masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan garam dan asam keping.
Setelah mendidih, masukkan daun limau purut dan reneh sehingga sedikit pekat. Sesuaikan rasa dan tutup api.
Selamat mencuba….
Nota:
Untuk masak lemak yang lebih sedap, guna santan segar dan kuahnya dibuat sedikit pekat.



Catat Ulasan for "Masak Lemak Ala Makan Cafe Di Portobello Dan Bab Blog Hilang Akses"
Add your comment