Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Minum Petang Di Rumah Jaja 2 May 2026



Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung lagi catatan perjalanan kami di London. Sehari sebelumnya iaitu pada 1 May, kami tak keluar ke mana mana kerana Hubby tiba di Heathrow sebelah petang. Nana ambilkan grab untuk dia ke rumah. 

Jadi sempat lah Aween ada sekali dalam beberapa hari. Aween plan nak postpone flight tapi terlalu mahal. Macam tak berbaloi untuk extend 2 hari tapi kena bayar lebih dari RM2k. Maklum masa tu, tengah perang jadi memang tiket mahal. 


Sebelah tengahari, kami semua pergi ke rumah Jaja, yang merupakan anak Kak Soraini, kawan baik saya semasa bekerja di BNM. Nama sebenar Jaja ialah Syirin Syafiza. Saya sebenarnya dah pernah bertemu Jaja di rumah Dilla tapi masa tu tak tahu nama penuh dia. Tapi hati terdetik, cantiknya dia ni. Semasa diperkenalkan, dia adalah orang kuat NGO yang banyak memperjuangkan hak Palestine di London. 





Kebetulan satu hari saya bertanya mengenai Jaja pada adiknya, Syaiful Aried dan diberitahu Jaja masih menetap di London. Ketika ke rumah Dilla, Jaja menghampiri saya dan memperkenalkan diri beliau.  Masya Allah happy sangat kerana akhirnya dapat bersua muka dengan Jaja. 

Kami tidak pernah bersua sebelum ini tapi selalu mendengar cerita beliau dari Kak Su kerana Jaja seorang yang sangat aktif di masa remajanya. Pernah menganggotai satu kumpulan raps wanita iaitu M'Steen. Kalau tak silap pernah menjadi pengacara program TV dan juga menjadi model iklan. Kak Su ni rajin mengajar saya pelbagai resipi terutama masa lunch time. Maklumlah semasa kawin, saya pun tak pandai sangat memasak. Cuma hobi saya masa itu ialah mengumpul resipi. Tapi tak pernah mencuba kerana sibuk dengan pengajian. 

Jaja menjemput kami sekeluarga ke rumah beliau di Bethnal Green East London. Rupanya ianya berdekatan dengan Victoria Park yang Aween akan berlari pada keesokannya. Kami naik train ke Westfield dulu dan tukar train ke tempat Jaja. 



Ketika kami sampai, terkejut sebab tengok Dilla dan Azam juga ada sekali. Baru lah tahu rupanya Jaja dan Azam pernah menjadi business partner sebelum itu. Seronok juga mendengar cerita cabaran perniagaan mereka di sini. 

Macam macam makanan disediakan untuk hidangan petang hari itu dengan menu utama ialah mee kari. Ada juga kuih bakar pandan. Suami Jaja yang berasal dari Wales juga gemar memasak dan suka mencuba masakan dari pelbagai negara.

Selepas makan dan bersembang sembang, kami bergambar sebagai kenangan. Kenangan bertemu mereka sewaktu kami masih berada di London, adalah suatu kenangan yang sangat indah. Di London ini saya perhatikan ada beberapa kumpulan warga Malaysia. Antaranya group Dilla yang terdiri dari golongan muda warga Malaysia yang bekerja di London dan yang masih belajar. 



Saya suka dengan suasana di rumah Jaja kerana berhadapan dengan beranda, ada taman permainan. Di berandanya, banyak dihias dengan pokok pokok hijau. Kebetulan hari hujan, jadi sebagai pencinta hujan, terbayang macam best kalau dapat baring di atas sofa sambil mendengar air hujan yang turun. Hahaha.



Kami balik dengan mengambil bas dan berhenti di Liverpool street untuk tukar bas ke Bermondsey. Hari pulak sejuk sangat dan memang menggigil pulak. Saya pulak tak pakai baju tebal. 




Catat Ulasan for "Minum Petang Di Rumah Jaja 2 May 2026"