Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Larian Di Victoria Park 3 May 2026



Setiap kali mengingatkan perkara ini, saya menjadi agak terkilan sebenarnya kerana saya menyangkakan Victoria Park dekat sahaja dengan Stratford train station. Saya dah biasa dengan Stratford bus station. Rupanya bukan station yang biasa. Rupanya jauh juga dan perlu mengambil bas. Bas pula berhenti agak jauh dan saya pula masih terkial kial membaca city mapper apps. 


Selama ini berjalan dengan Nana atau Aween, mereka yang carikan direction. Sementara kami terkial kial mencari dan akhirnya sampai di Victoria Park, Aween dah pun sampai ke garisan penamat dalam pukul 10.50 pagi. Kami pula sampai pukul 11.00 pagi. 




Saya berjalan dan menemui Aween di tengah padang dan mengambil gambar Aween di stage yang disediakan. 






Sehingga kini saya terkilan kerana kelewatan tersebut tak dapat melihat Aween berlari. Saya sepatutnya keluar lebih awal. Ini saya relax relax jer makan di rumah. Saya cuba memujuk hati supaya tidak memikirkannya. Hari tu Nana ada urusan dengan kawan kawan dan tidak dapat ikut serta. 

Kami bertiga balik dengan bas dan singgah sebelum London Bridge. Ammar ikut Alain dan Aliya. Kami berjalan di atas London Bridge sambil berhenti bergambar. 




Kami makan di Chicken Cottage, syarikat yang Azam bekerja. Azam satu satunya staff dari Malaysia yang bekerja di syarikat dari Terengganu ini.  Saya menghantar whatsapps pada Azam untuk menanya apa menu yang patut dicuba. 

Sangat sedap makanan di sini. Yang penting halal. Jadi warga negara Malaysian yang ke London, jangan lupa untuk singgah makan di Chicken Cottage. 





Kami kemudian mengambil bas untuk balik ke rumah. Sesampai di rumah, Aween terus bersiap untuk berangkat ke airport untuk balik ke Malaysia. OK dengan itu tamatlah jalan jalan saya dengan Aween di London untuk tahun 2026. Jom ikuti perjalanan saya dengan suami pula di London untuk entri seterusnya…. 

Catat Ulasan for "Larian Di Victoria Park 3 May 2026"