Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tower Bridge Menjadi Kenangan

 


Hari ini kami tak keluar kerana menemani Nana mengambil segala barangan yang perlu untuk larian Marathon pada 26 April 2026. Balik dari sana, saya mengajak Aween singgah di London Bridge station. Nana balik terus ke rumah. 

Kalau dulu bila bercuti ke London, antara tempat mesti nak datang setiap kali ialah Tower Bridge. Bila datang pun bukan dok lama lama. Sekejap jer bergambar dan terus bergerak. Tapi sekarang, bila datang boleh lah lepak lepak santai sambil melihat tower bridge lift up. Tengok air sungai yang surut dsb. 



Rumah kami dekat sahaja dengan Tower Bridge. Kami biasa jer berjalan kaki ke sana. Bila dah dekat tu kadang kadang kita tak kisah pun untuk bergambar di sana. Kalau pergi sebab saya suka makan kacang tanah di Five Guys yag sangat sedap seperti Road House Grill satu masa dulu. 




Tapi dah Aween ada di sini dia mengajak saya untuk pergi ke Tower Bridge semasa sunset dan malam di mana Tower Bridge lebih cantik dengan lampu dan reflection cahaya di permukaan air. 


Kami berjalan kaki sahaja dari rumah. Selesai bergambar, kami berjalan ke bus stop untuk mengambil bas balik ke rumah. Hahaha biasalah bila balik, dah penat nak berjalan lagi pula sejuk. 




Bila hari gelap, menjadi lebih cantik dengan lampu berkilau bergemerlapan. 




Alhamdulillah dapat lah menikmati keindahan Tower Bridge waktu siang dan malam dengan santai santai. Serious kalau datang bercuti, pasti kita tak ada masa untuk membuang masa lama lama seperti ini. Masa adalah kos. Betul tak? Ok sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. 



Catat Ulasan for "Tower Bridge Menjadi Kenangan"