Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lidah Masak Merah Dan Bab Buli Di Sekolah

 


Saya mungkin terlepas pandang bab Medina dibuli kerana saya berada di London masa Medina mendaftar masuk persekolahan darjah 1 di sekolah kebangsaan di Shah Alam. Jadi saya langsung tak tahu banyak perkembangan dia sehingga Nana memberitahunya semasa balik dari majlis makan makan sempena birthday Medina di rumah besan kami di Shah Alam. 


Baru lah saya tahu Medina kerap dibuli oleh rakan rakan sekelas dia. Ada yang suka ketuk kepala dia. Dia menangis kesedihan bila kisah ini diceritakan oleh ibu dia kepada anak anak saya. 


Menantu saya telah Whatsapp pada ibu mereka. Seorang yang lelaki telah minta maaf dan anaknya juga minta maaf pada Medina. Manakala seorang lagi yang anaknya perempuan, langsung tidak menjawab mesej yang dihantar. Bila saya tahu, serious saya jadi rasa sangat geram. 


Sebagai seorang ibu, bila diberitahu oleh ibu yang lain akan kelakuan anak anda yang tidak sepatutnya, anda sepatutnya memohon maaf dan mengajar anak supaya berubah. Maklum kita sebagai ibu, tak tahu perangai sebenar anak bila di luar. Mungkin di rumah dia berkelakuan baik sehingga pijak semut pun tak mati. 


Jangan anak jadi pembuli kawan sekelas yang lain. Jangan kata ala budak budak, biasa lah. Biasa tu kalau sesekali. Tapi kalau selalu, itu dah luar biasa. Jika dibiarkan, budak seperti ini akan besar dengan sikap membuli. Jadi samseng dan gangster. Mainkan peranan anda sebagai ibubapa dalam mendidik anak masing masing di sekolah. Jangan harapkan guru guru untuk melihat perkara ini. OK setakat ini dahulu, jom masuk pula bab masakan.  



Saya dapat seketul lidah lembu dari bahagian daging korban yang dihantar oleh kakak saya dari Kelantan. Lidah ni adalah lauk kegemaran Boy dan Nelly. Anak yang lain tak lah suka sangat. Kalau Nana, memang tak makan langsung. 

Kalau masak lauk lidah ni, memang saya akan pastikan hari yang Boy dan Nelly ada di rumah. Selain masak merah, lidah juga sedap dibuat sup. Hahaha tapi tak semua orang suka lah sup lidah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Lidah Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 batang lidah
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit halia - hiris 
3-4 sudu besar cili kering kisar

Bahan sos:
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sos lkan secukupnya 
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula

Bahan lain:
2 helai daun limau purut
1/2 biji bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 biji buah tomato 

Cara cara:
Rebus sehingga empuk dan kupas lembu sudah empuk kupas kulit lidah lembu hingga bersih. Hiris nipis yang disukai. 

Panaskan minyak dan goreng lidah lembu sehingga kelihatan sedikit garing sahaja dan angkat ketepikan dahulu. 




Mwnggunakan minyak sama tumis bawang putih dan halia sehingga sedikit keperangan. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak sempurna. 

Masukkan bahan sos dan perasa. Kacau sehingga mendidih. 

Akhir sekali masukkan bahan bahan lain dan lidah yang digoreng tadi. Kacau rata. Tutup api. 





Catat Ulasan for " Lidah Masak Merah Dan Bab Buli Di Sekolah"