Keindahan Cherry Blossom Di Greenwich Park April 2026
Pagi hari Sabtu 11 April 2026, Nana menanya kalau saya mahu ke Greenwich Park. Boleh klik entri cherry blossom sebelum ini di SINI dan SINI. Kami pergi berdua sahaja dengan mengambil bas 381 dari Bermondsey dan menukar bas 53 di Peckham Park Road untuk ke Blackheath gate di Greenwich Park.
Tahun lepas kami datang pada 6 Mei tapi bunga cherry dah tak ada waktu itu. Memang terlepas peluang dan rasa kecewa lah juga. Itu yang tahun ini, memang follow up dengan park yang ada pokok cherry blossom untuk melihat masa ianya berkembang penuh. Memang tak sanggup kalau terlepas peluang lagi.
Oleh kerana kami bertolak awal pagi, orang belum ramai. Jadi agak lengang untuk bergambar tanpa berlatarbelakangkan orang yang ramai.
Kali pertama melihat bunga sakura yang sangat cantik beberapa hari lepas di sekitar kejiranan kami di Bermondsey dan di Regent's Park. Kali ini sangat cantik kerana deretan pokoknya yang rendang menjadikan sangat sesuai untuk bergambar.
Kalau dah ke sini, memang semua orang datang untuk bergambar dan untuk mengambil video. Jadi bila untuk gambar berdua, kena lah minta tolong orang. Tapi kena tengok tengok juga, risau kan ada yang bawa lari handphone. Jangan bagi pada sebarang orang.
Pokok pokok di bahagian belakang telah berkembang sepenuhnya dan sangat cantik. Tapi bahagian depan belum lagi berkembang penuh. Jadi kami hanya bergambar di deretan pokok di belakang. Boleh dilihat bunga penuh seolah tiada daun pun.
Saya datang ke sini sebanyak 3 kali. Kali kedua selepas balik NHS pada 13 April 2026, kebetulan naik bas 53 dari Elephant & Castle. Jadi bila ingat bas ni memang direct ke Greenwich Park tanpa perlu tukar, saya terus sahaja ke sana.
Kebetulan saya bertemu dengan Mr Ng yang juga datang seorang untuk menikmati keindahan cherry blossom sambil mengambil gambar. Menurut beliau, ini adalah kali ke8 dia ke sini. Memang cantik gambar gambar yang diambil. Sempat lah juga saya belajar teknik untuk. mengambil gambar dan edit dengan menggunakan iphone.
Kali ketiga saya datang pada 20 April 2026 setelah mengira pokok cherry blossom yang bahagian depan mungkin telah berkembang sepenuhnya kerana kedua dua kedatangan sebelum ini, masih belum berkembang.
Kali ini saya berkenalan pula dengan seorang influencer dari Filipina Ricel Obos Ferteza yang menetap di sini. Kami sama sama membantu mengambil gambar antara satu sama lain. Senang sebab sama sama faham cara untuk bergambar dan mengambil video.
Saya memang suka pokok bunga cherry blossom di sini kerana tempatnya yang sangat luas dan pokok banyak. Jadi tidak perlu menunggu giliran untuk bergambar. Kalau berpeluang ke sini lagi, saya akan cari cherry blossom di garden di Greenwich Park. Lagi pulak, saya ada baca 100 anak pokok cherry blossom pelbagai spesis dari Jepun akan ditanam di sini.
Sebelum balik, saya duduk di bangku yang disediakan sambil melihat gambar gambar yang telah diambil. Hahaha kalau tak puashati, boleh masuk sekali lagi kan.
Bunga cherry kali ini dah tak secantik sebelum ini, maklum angin kuat akan menyebab bunga gugur. Ia biasanya akan bertahan hanya selama 2 minggu sahaja. Itu sebab diletakkan larangan agar tidak menyentuh atau memegang bunga cherry blossom ketika di sini. Jadi kalau kita nak melihat bunga cherry blossom lebih selamat untuk datang ke London pada pertengahan bulan April.
Alhamdulillah ini adalah salah satu dari bucket list percutian saya yang telah tercapai. Syukur atas nikmat yang dikurniakan.























Catat Ulasan for "Keindahan Cherry Blossom Di Greenwich Park April 2026"
Add your comment