Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Eyes of London dan Wisteria 30 April 2026

 


Assalamualaikum. Kita bersua lagi. Hari ini destinasi saya adalah untuk mencari destinasi dengan pokok bunga wisteria. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Kami naik bas No 1 dan turun di Waterloo dan berjalan ke Eyes of London dekat taman permainan yang Ammar dan Aliya selalu ke sini. Saya bergambar di sini lebih kepada memori bersama anak dan cucu cucu ketika bermain di playground sini.







Kami kemudian naik jambatan Golden Jubilee Bridge untuk ke Westminster pier untuk bergambar berlatarbelakangkan eyes of London.





Kami kemudian berjalan sepanjang Westminster pier dan Victoria Embankment untuk bergambar berlatarbelakangkan Eyes of London.









Kami kemudian berjalan untuk mengambil bas. Bila dah sampai di Trafalgar Square, saya ajak Aween singgah. Dah lama tak ke sini, kali terakhir ialah tahun 2016. 

Kalau ke central London, memang lalu di sini dalam perjalanan balik rumah, tapi kalau dah seorang diri, tak best juga bila tiada orang yang boleh ambil gambar. Itu yang tak pernah singgah sepanjang setahun di sini. 









Kami kemudian naik train untuk ke Stafford Terrace. Kami turun di Earls court train station dan berjalan kaki ke sana. Sepanjang perjalanan, kami singgah bergambar sebagai kenang kenangan. 

Kami kemudian mengambil bas di bas stop tepi Trafalgar Square untuk ke China Town. Aween makan di Wok to Walk. Kami kemudian naik train dari Leicester Square ke Earls Court. Berjalan ke Stafford Terrace. Tapi sayang bunga dah tiada. Bergambar jer buat kenangan dengan pokok botak juga.





Akhir nya jumpa juga rumah yang menjadi viral di kebanyakan tiktok dan Instagram akan kecantikan bunga wisteria di sini. Tapi sayang ketika kami ke sini dah hampir tiada bunga. 






Kemudian cari rumah di kawasan Sheffield Garden pula. Kami berjalan dengan membelok ke kiri dan naik dan belok ke kanan dan kemudian ke kiri lagi. Bila berjalan terus berjumpa dengan rumah no 80 lagi. 

Saya mengajak Aween singgah bergambar lagi. Kami bergambar di sini selepas keluar dari Holland Park sehari sebelumnya.. 




Kami kemudian masuk ke Sheffield Terrrace dan belok kiri. Jumpa dengan Bedford Garden. Sebenarnya di jalan ini jika terus akan berjumpa dengan rumah berwarna warni di Campden Hill Road yang bersebelahan dengan Majestic Wine. Ohh pusing pusing kawasan sama jer. Semuanya berdekatan dengan Nottinghill Gate station. 








Kami kemudian ke train Nottinghill Gate dan ke Bond Street. Aween ke Adidas depan Selfridges. Kemudian balik kerana handphone Aween dah kehabisan bateri. 


Catat Ulasan for "Eyes of London dan Wisteria 30 April 2026"