Sehingga Bertemu Lagi Devon 6 April 2026
Alhamdulillah saya telah tiba ke entri hari terakhir percutian di Devon. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi selepas sarapan, kami mengemas barang barang dan membawa masuk ke kereta. Sebelum bertolak, Ammar mesti menyiapkan assignment Kumon dulu.
Destinasi pertama kami ialah Exeter town untuk makan scone di Eat On The Green. Di tengah bandar ni, banyak juga mall dan supermarket. Hahaha sempat lagi saya bergambar di sini.
Kami memilih untuk makan di luar restoran kerana cuaca yang best dan dapat menikmati pemandangan yang cantik. Serious lah sedap scone di Devon ni. Memang lain lah dengan yang kita makan di Malaysia. Clotted cream dan jem memang sangat sedap.
Selepas makan, kami bertolak dan destinasi seterusnya mencari kedai yang menjual Veld chutney untuk beli Devon Chutney perisa onion dan pineapple. Tak semua kedai ada menjualnya. Cari merata juga. Ianya dijual di kedai yang terletak di dalam kedai atau nurseri yang menjual pelbagai tanaman dan peralatan bertaman. Saya beli juga untuk dibawa balik ke Malaysia.
Semasa berjalan keluar, singgah membelek tanaman dan peralatan bertaman yang dijual di sini. Seronok melihat anak pokok seperti pokok lemon yang walaupun kecil telah berbuah dan buahnya sangat besar.
Berjalan ke tempat parking kereta dan bertolak ke London. Semasa dalam perjalanan ke kereta, singgah ambil gambar. Semua bangunan di UK ni cantik cantik dan berseni. Memang rugi kalau tak bergambar sebagai kenang kenangan.
Dengan itu selesailah percutian kami di Devon. Tapi dalam perjalanan balik ke London, kami singgah di satu tempat yang sangat cantik. Nantikan di entri seterusnya.














Catat Ulasan for "Sehingga Bertemu Lagi Devon 6 April 2026"
Add your comment