Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sardin Berlado Petai Dan Rezeki Tidak Disangka Sangka

 
Banyak dalam hidup kita ni yang kita diberikan rezeki yang tak disangka sangka. Kadang rasa seperti tak tahu apa yang kita buat untuk kita layak dapat bermacam macam. Begitu lah Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Allah boleh memberi apa sahaja kepada sesiapa sahaja.

Saya sebenarnya masih tak boleh move on dengan pemergian kami mengerjakan umrah dari London dan seterusnya menyambut Ramadhan di sana. Semua bagai mimpi. Lagi lagi di saat saya berada pada titik terendah dalam hidup, semua memang terjadi dengan rahmat Allah. Lebih teristimewa ialah pergi bersama anak menantu dan cucu cucu. 

Dulu setiap kali di sana, bila nampak anak anak kecil di dalam masjidil Haram dan Masjid Nabawi, saya pasti teringatkan Aliya dan Ammar. Dalam hati berkata bestnya kalau dapat melihat mereka di depan mata di dalam masjid ini di tempat yang mulia ini. Alhamdulillah Allah kabulkan impian saya. 

Keduanya, ialah bila saya kehilangan jam di Dubai International Airport, saya menyerahkan sepenuhnya pada Allah andai tiada lagi rezeki saya. Walaupun saya berdoa dan berharap namun saya meletakkan di hati mungkin setakat ini sahaja rezeki saya dengan jam itu. 

Tapi Allah Maha Mendengar, Allah temukan saya kembali dengannya dua minggu kemudian bila saya transit dalam perjalanan balik ke London. Ini kurniaan yang tidak disangka sangka. 

Rezeki Allah yang didatangkan mengikut aturannya. Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dan amat berpegang kepada rezeki dan takdir yang tertulis di Luh Mahfuz di setiap saat dan detik denyut nadi saya. Tidak perlu bimbang, tidak perlu ragu kerana kita ada Allah. Allah yang Maha Pengasih. 

Ada lagi satu juga rezeki yang tak disangka sangka. Tapi biarlah ianya menjadi rahsia saya sendiri. Terima kasih dan syukur ya Allah. Semoga saya kekal menjadi orang yang bersyukur. 

 


Sejak kami di London, saya tak pernah lagi jumpa isi petai walaupun ada beberapa kali saya ke kedai oriental. Tapi bila dah teringin, saya tanya Dilla kalau tahu di mana boleh dapatkan isi petai. 

Saya tahu Nana tak suka petai tapi saya dah tak tahan keinginan nak makan petai, saya masak lah juga lauk menggunakan petai. Seronok bila Dilla beritahu petai ada dijual di kedai Loon Fong di Stratford Shopping Mall. 

Bila dah dapat petai ni, kena berjimat jimat sebab ada macam macam resipi nak dimasak menggunakan isi petai ni. Maklumlah bukan murah isi petai ni. Dah lah sikit jer, siap dibelah 2 lagi. 

Tapi isi petai ni kalau di Malaysia pun mahal juga. Sebekas kecil tu rasanya harga tak kurang dari RM9.00. Petai dah jadi makanan kayangan tau. Marhaen macam kita ni, kena fikir beberapa kali sebelum beli. Hahahaha. Tapi apa apa pun, Alhamdulillah kerana dapat juga memasak lauk sardin hari ini dengan isi petai. 

Stock sardin kami pun dah habis kerana saya tak dapat bawa banyak baru baru ini kerana luggage dah terlebih muatan. Tapi Dilla suggest sardin dari Filipina yang dikatakan sedap. Jadi sebab tinnya yang bersaiz kecil, saya guna 2 tin. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 



Sambal Sardin Berlado Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 tin kecil sardin
Garam
Pes asam jawa
Isi petai secukupnya
Minyak mqsak

Bahan kisar kering:
2-3 biji cili merah
2-3 biji cili padi hijau - ikut pedas disukai
1 biji bawang besar - saiz sederhana
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. 

Masukkan segala bahan perasa seperti garam, pes asam jawa. 

Setelah terbit minyak, masukkan sardim sekali dengan sos. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan isi petai. 



Kacau rata. Nota: jika suka petai yang rangup, masak sekejap sahaja. 




Catat Ulasan for "Sambal Sardin Berlado Petai Dan Rezeki Tidak Disangka Sangka"