Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

My Signature Pajeri Nenas Dan Persediaan Malam Lailatul Qadr

 


Alhamdulillah kita akan berada pada 10 malam terakhir Ramadhan beberapa hari lagi. Ini adalah tips yang saya dapat dari medsos dan saya kongsikan di sini semoga kita semua mendapat manafaat. 

Antara amalan yang kita boleh lakuka untuk malam malam ini ialah pertama, sedekah setiap 10 malam terakhir. Sedekah minimal RM1.00 setiap malam terakhir, jika salah satunya malam lailatul qadar sama dengan sedekah selama 84 tahun (1x 365 xx 84 tahun). 

Kedua, solat sunat 2 rakaat. Boleh qobliyah subuh, tahajud, witir dan solat taubat. Jika salah satunya malam lailatul qadar sama dengan solat 2 rakaat selama 84 tahun (2 rakaat x 365 x 84 tahun). 

Ketiga, baca surah Al Ikhlas minimal 3x. Jika salah satunya malam lailatul qadar sama dengan kita mengkhatamkan al quran selama
84 tahun.

Keempat, berbuka jangan terlalu kenyang dan tidurlah secukupnya. Biar tubuh segar dan kuat beribadah mendirikan solat malam.

Akhir sekali, hafal doa malam lailatul qadar. Rasulullah SAW sudah mengajarkan doa ketika dibaca malam lailatul qadar:

Berikut bacaan penuh doa malam lailatul qadar :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوَّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْف عَنَّي

Allahumma innaka afuwwun
tuhibbul 'afwa fa'fu "anni.

Maksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku." 

Sehingga di sini dahulu, semoga bermanafaat. Sekarang kita masuk pula bab resipi.


Kalau yang dah lama follow saya, pasti perasan pajeri adalah lauk kegemaran saya. Tak kira pajeri nenas atau terung. Masa saya bekerja dulu, bila sesekali saya turun makan tengahari, pasti lauk pilihan saya ialah pajeri, ikan cencaru sumbat dan telur masin. Saya jarang keluar makan tengahari tapi kalau keluar, tanpa sedar lauk pilihan saya mesti sama. 

Hari ni tiba tiba rasa nak maka pajeri. Walaupun ada bahan tak cukup, buatlah juga kerana kita yang buat dia kan. Saya tak guna udang kering kerana allergi, saya ganti dengan ikan bilis sahaja. Kalau nak lagi sedap, guna udang kering. 

Inilah resipi yang paling saya suka kerana ianya secukup rasa. Resipi yang saya belajar dari Wan Chu. Insya Allah ikut sahaja, rasanya tak lari. Cuma kalau guna nenas dan nenas tak manis, boleh tabur gula dan perap nenas dengan gula seketika. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Pajeri Nenas 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ biji buah nenas 
1 paket kecil 50 gram rempah kari daging Babas
1 sudu kecil cili kering kisar - opsyenal
1 sudu besar kerisik
1 mangkuk kecil santan 
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 ½ sudu besar gula atau secukup rasa

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ ibu jari halia 
Segenggam udang kering - saya letak ikan bilis

Cara cara:
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. 

Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.

Akhir sekali, masukkan nenas dan sedikit air sehingga agak agak nenas tenggelam sahaja.


Masak dengan api sederhana sehingga nenas lembut dan kuah terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.




Catat Ulasan for "My Signature Pajeri Nenas Dan Persediaan Malam Lailatul Qadr"