Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Tulang Dengan Rebung

 


Alhamdulillah kita telah pun berada pada 10 malam akhir Ramadhan. Banyak pesanan pesanan dari ustaz dan ustazah berdasarkan amalan dan sunnah Rasulullah dikongsikan. Kadang terlalu banyak, sampaikan kita tak terbuat. 

Buat jer yang mudah mudah. Solat sunat seperti terawih, solat tahajjud, solat taubat dan witir. Zikir jer apa apa zikir yang bagus seperti sayyidul istighfar, istighfar dan selawat. 

Semua zikir bagus tapi amalkan yang paling bagus iaitu mohon keampunan. Sayyidul istighfar, istighfar dan doa yang diajar Rasulullah, Allahumma Affuwwun Tuhibbul Afwa Faqfuaanna. 

Juga ada pesanan supaya kita membaca Al Quran sebelah malam tu sekurang kurangnya 100 ayat. Macam surah Yassin, 83 ayat. Tambah lagi surah lain untuk cukupkan 100 ayat. 

Ini adalah kerana berdasarkan sabda Rasulullah bahawa barang membaca 100 ayat Al Quran pada satu malam, dituliskan padanya pahala sepanjang malam. Jomlah kita amalkan mulai selepas solat Maghrib malam ni. 


Saya tiba tiba teringat kat rebung dan teringin nak makan. Walhalnya di Malaysia pun bukan pernah beli rebung pun. Tapi bila dah rindu dengan masakan Melayu, semuanya teringin nak makan. 

Untuk rebung hari ini, saya masak lemak sekali dengan tulang rusuk lembu. Alhamdulillah sedap pulak makan rebung ni. Nampak macam rebung yang diimport dari Thailand. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....


Masak Lemak Tulang Dengan Rebung 
Oleh:Azie Kitchen

Bahan kisar:

1 genggam cili padi

1 biji cili merah 

4 ulas bawang putih

5-6 biji bawang merah

1 inci kunyit hidup

1 inci halia


Bahan lain:

1 batang serai - ketuk

Daun kunyit - hiris

Kiub pati ayam - opsyenal

Garam

Sedikit minyak


Cara cara:

Panaskan sedikit sahaja minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan daging yang telah direbus. Kacau rata. 


Masukkan rebung. Biarkan masak seketika. 


Masukkan santan secukupnya. Setelah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. 


Akhir sekali, tabur daun kunyit dan boleh tutup api. 




Catat Ulasan for "Masak Lemak Tulang Dengan Rebung"